Workshop web perniagaan – habis dijual!

Mula-mula saya nak ucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua. Semoga tahun baru ni akan dilimpahi lebih banyak rahmat dan nikmat dari Allah dan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.

Semalam orang terakhir membuat tempahan untuk workshop web perniagaan yang akan diadakan pada 10 Februari ini. Penutup yang baik untuk tahun 1427H.

Yang menarik, jualan tiket pada kali ini langsung tidak dilakukan di mana-mana opt-in list saya tetapi ia dilakukan oleh affiliate dan beberapa kaedah pemasaran lain yang dieksperimen oleh saya.

Jika anda berminat untuk berkongsi ilmu, anda boleh menghadiri workshop yang akan diadakan seterusnya. Buat pra-daftar sekarang dan saya akan maklumkan tarikh workshop akan datang.

Satu lagi ialah pelancaran laman web baru perniagaan.net sebagai sumber rujukan pendapatan dan perniagaan di internet. Ia sebenarnya berasal dari mailing list tips pemasaran yang pernah saya sediakan dulu. Kini saya mengembangkan skop kepada yang lebih besar tapi masih dalam tema yang berkaitan.

Saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan laman web bukannya blog untuk perniagaan.net bagi memudahkan navigasi dan pembacaan maklumat. Anda boleh melanggan newsletter untuk pelbagai tips dan artikel tentang perkara berkaitan.

Selamat bercuti hujung minggu saya ucapkan kepada anda. Juga saya doakan tahun baru ni kita akan berjaya dalam apa yang diusahakan. Amiin.

2 thoughts on “Workshop web perniagaan – habis dijual!

  1. azwan

    Alhamdulillah. Ada yang penuh ada yang kurang sikit. Biasalah.

    Workshop ke-11 baru je lepas. Sekarang telah rebrand kepada http://www.kelasinternet.com. Beberapa course baru akan diperkenalkan. Sesiapa berminat boleh subscribe newsletter.

Comments are closed.