Web hosting mana yang bagus?

Dah terlanjur cakap web hosting. Mungkin ramai yang tertanya-tanya web hosting provider mana yang bagus?

Ada beberapa criteria untuk pilih web hosting dan yang paling penting ialah berdasarkan keperluan anda sendiri.

  1. Apakah tujuan anda membeli web hosting – untuk letak website yang simple? forum? email? blog yang akan anda update dengan gambar setiap hari?
  2. Boleh tak kalau hosting down sehari? Atau kalau down sehari anda kena marah oleh customer anda (kalau ada)
  3. Adakah anda akan gunakan advanced feature dalam web hosting anda? Contohnya ruby on rails, setting php.ini, apache etc.

Kalau anda baru bermula dan tak tau apa-apa, boleh mulakan dengan yang paling murah (sekitar RM10-RM50 setahun). Dari sini anda boleh belajar menggunakan standard features yang ada.

Kalau anda seorang yang mahir dan advanced, pilihlah yang mempunyai support yang bagus dan memberikan banyak pilihan advanced features. Yang ni saya sangat syorkan exabytes mengikut pengalaman sendiri.

Rujuk web hosting directory dan pilih kesesuaian anda. Jika perlu, hubungi web hosting provider tersebut untuk bertanya soalan sebelum beli. Dengan cara ini anda juga dapat tahu bagaimana mereka handle pertanyaan dari pelanggan.

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Related Post

Categories: Technology
Tags:
15 comments

Comments (15)

  1. kalau ikutkan poll
    psai hosting terbaik
    kat blog aku
    data Kl paling popular n recommended

  2. aku pun…pilih datakl

    exabytes dah ada kes orang komplen, ada tersiar kat WC

  3. Lain orang lain pengalaman dengan hosting provider. Kebanyakan yang komplen pun bukan majoriti. Bila tak puas hati komplen kat seluruh dunia, tapi bila suka tak bagitau sesiapa pun.

    Saya tak pernah try datakl lagi. Lagi 2 hosting Malaysia yang saya cuba agak mengecewakan.

    Terima kasih kampungboy dan bagak atas perkongsian anda.

  4. mcmne dgn mesra hosting. ada sesape ada pengalaman?

  5. Boleh ke kita guna hosting luarnegara? mksud saya samada lebih bagus..dari segi harga berbaloi. terima kasih

  6. sylvia, saya pernah guna mesra hosting dan ada bad experience sikit. Tapi ok je for beginner. Harga ok dan dapat space besar.

    hasfa, hosting luar negara yang problem ialah download/upload speed dari malaysia. Agak slow. Lainlah kalau memang target orang kat luar Malaysia yang ramai akses.

  7. hosting kat sini lagi bagus. tak caya baca testimoni, aku pun host kat sini, dah lama dan stabil.

    internet-webhosting.com

  8. wooo jgn gune mesra hosting.Naik giler aku dibuatnye.Service support sangat teruk.Waktu ade problem, aku dah kire mcm hamba abdi terkejar2 cari diorang.Kata2 diorang juga x manis langsung.Asyik nak bergaduh je.Akhirnya aku amik datakl.Datakl mmg best.

  9. Sepanjang lebih kurang 8 tahun saya membuat website..kebanyakkan webhoster yang ada di malaysia dah pernah saya cuba, samaada untuk web saya sendiri atau untuk orang lain..Memang tak dapat dinafikan ada webhoster yang saya rasa tak berapa bagus banyak problem dari segi web server sendiri dan customer service.

    Saya pernah hostkan web di exabytes…terus terang saya cakap memang bagus dari segi webserver dan customer service memang profesional cuma harga dia agak tinggi kalau dibandingkan dengan webshoster yang lain. Memandangkan web saya hanya bersifat web biasa dan blog saya rasa elok saya berpindah ke webserver yang lebih murah, jadi saya pilih internet-webhosting.com. Kenapa saya pilih internet-webhosting.com..sebab harga yang murah, quality server yang bagus, customer servis yang bagus dan co. dah agak lama bertapak..penting juga tu…kalau tanya saya mana yang bagus…saya akan jawab samada exabytes atau internet-webhosting.com.. but kalau dari segi harga go for internet-webhosting.com.. yang lain minta maaf 🙂

  10. Saya guna datakl,buat masa ni tak adalah masalah besar. Namsahaz pun best.

  11. Hi Faizal,

    Kalau you buat website untuk customer you, you mungkin interested dengan unlimited domain reseller package daripada Exabytes. Setiap domain you boleh dapat cPanel sendiri.

  12. Buat masa ni aku berpuas hati dengan Jomhost.com
    Pakai ikut keperluan.. buat apa membazir.
    200mb Rm40 setahun. bebaloi²

  13. hosting yang mana yang tak pernah ada orang komplen?
    hosting provider yang terkenal di dunia pun selalu ada orang komplen.
    semakin famous company tu, semakin banyak lah orang yang nak feedback

    fikirlah, kalau you ada 1000 orang customer, 10 orang komplen. Itu hanya 1% customer komplen ja.
    kalaulah company you ada seratus customer saja tapi you dapat 1 orang komplen (1% juga)

    mana satu yang you nampak lebuh ramai orang komplen? tapi % tu sama ja.

    kalau you ada 100 customer, tapi 10 orang komplen. itu serious, 105 komplen. betul tak?

  14. menarik info ni. aku suka klserver… mudah nak contact sebab banyak medium support diorang sedia
    tapi aku suka komen ladycooper… fair 🙂

  15. KL server pada aku customer service teruk. Bahasa kasar. Tanya pun nak marah. Pada hal kita yang bayar. 2 tahun lepas ok tapi makin lama makin teruk. Baik guna company yg ada nama dan dah lama establish.

Leave a Reply

Required fields are marked *