Trip to Langkawi

Perkongsian untuk sesiapa yang ingin ke Langkawi nanti.

Baru-baru ni saya berkesempatan bawa keluarga (isteri dan 4 orang anak) ke Pulau Langkawi. Sebenarnya perancangan ni dah dari tahun lepas. Alhamdulillah tahun ni dapat jadi kenyataan.

Tujuan ke sana lebih kepada merasai apa yang tak boleh didapati di tempat lain. Kalau sekadar tujuan untuk shopping je, boleh pergi shopping dekat KL je lah ye.

Tiket kapal terbang

IMG_20131128_123241

Masa tempah tiket tu lebih kurang 2 bulan awal. Harga seorang dapat RM70 (all-in) seoarng untuk sehala menaiki AirAsia. Jadi untuk 6 orang hampir RM1000 dibelanjakan.

Saya pilih nak naik kapal terbang sebab untuk memandu sorang-sorang dari KL ke Kuala Perlis agak memenatkan. Penat drive pergi dan lagi penat masa drive nak balik. Pinggang pula tengah sakit nak duduk dalam kereta lama2 (mungkin ambil masa dalam 6 jam).

Lepas tu nak kena beli tiket feri dan naik feri dalam 45 minit kalau tak silap. Jadi untuk memudahkan dan boleh dikira berbaloi juga, kami pergi dengan kapal terbang.

Bawa hand luggage semasa pergi dan masa balik check-in luggage dalam 15kg (RM25) saja.

Kereta sewa

Harga: 80-200 mengikut jenis kereta.

Masa pergi sana kira “peak” time sebab school holiday. Sewa kereta Vios RM150 sehari. Dapat diskaun sebab ambil 3 hari dapat RM140 sehari. So total kena bayar RM420 untuk 3 hari.

Banyak perkhidmatan kereta sewa boleh didapati di internet. Pergi beberapa website dan buat perbandingan. Harga masih boleh dirunding. Jika tak boleh runding, pergi ke penyedia perkhidmatan yang lain.

Untuk lebih selamat, confirmkan semula kereta sewa sehari atau dua hari sebelum pergi.

Penginapan

2 tempat penginapan yang ideal ialah

1) Pekan Kuah – jika aktviti lebih kepada beli-belah dan pentingkan kemudahan ala bandar

2) Pantai Cenang – jika aktiviti banyak melibatkan pantai dan santai

Lagi bagus jika dapat menginap di 2 tempat berlainan semasa menjalankan aktiviti yang berlainan. Contoh sehari bermalam di Kuah dan 2 hari di Pantai Cenang.

Book hotel dan survey harga sekarang sangat mudah. Hari tu book hotel guna booking.com online saja. Dapatkan familiy room di sebuah motel di Kuah dengan harga RM140 satu malam. Sampai kat motel memang bilik dah book, just bayar kat sana. Ada sesetengah hotel kena bayar upfront online. Boleh juga cuba agoda.com

Pantai rekreasi

Pantai yang paling popular ialah Pantai Cenang. Di sini terdapat pelbagai aktiviti pantai seperti banana boat, jet ski dsb. Di pantai ini juga terdapat sangat banyak tempat penginapan, makan, bank, mall, under water world dsb.

Island hopping

IMG_20131127_100348Aktiviti popular di Langkawi ialah Island Hopping. Pergi ke 3 tempat dengan tarikan tersendiri

1) Pulau Dayang Bunting

Kat sini boleh mandi tasik. Kedalaman tasik tu 15 meter (lebih kurang 8 kali tinggi orang). Nak turun mandi pun takut. Kalau tak reti berenang boleh terjun dengan life jacket. Kanak-kanak ada tempat khas mandi-manda.

Hati-hati dengan monyet! Pantang tengok beg plastik atau terbau makanan. Kami pun hari tu kena serang sebab monyet nampak botol 100plus letak kat tepi beg. Jadi berwaspada.

2) Bagi makan helang

3) Pulau Beras Basah.

Di sini tempat untuk kanak-kanak mandi manda. Pantainya landai dan laut cetek. Tak kuat berombak seperti di Pantai Cenang.

Beli-belah

IMG_20131127_193139Kebanyakan benda yang nak dibeli semua ada di Pekan Kuah. Ia lebih murah berbanding di Pantai Cenang. Contoh kalau baju di Pantai Cenang dijual pada harga RM20, di Kuah mungkin hanya RM10.

Antara barangan popular yang dibeli di Langkawi..

  1. Minyak gamat
  2. Coklat
  3. Pinggan mangkuk dan barangan dapur
  4. Kain batik
  5. Beg

Antara kedai yang popular pula ialah

  1. Haji Ismail Group (HIG)
  2. Idaman Suri
  3. Rams

Di kedai-kedai di atas biansanya ada dijual semua barangan yang disenaraikan di atas. Jadi kalau malas nak pergi banyak tempat, pergi satu tempat boleh borong semua. Harga macam biasalah. Ada terlebih and terkurang sikit antara kedai-kedai tu. Tapi lebih murah jika banding kat KL.

Makan-makan

Pilihan makanan bayak di Pantai Cenang. McDonald’s, Old Town pun dah ada di Pantai Cenang. Tapi tak best la sebab restorang macam tu pergi mana-mana pun ada. So cari kedai yang unik sikit kat sana untuk makan-makan.

Di pekan Kuah pula, restoran yang popular ialah

  1. Wan Thai
  2. Bamboo

Kereta kabel

IMG_20131126_102403


IMG_20131126_105408

Kereta kabel kat Gunung Machinchang adalah tempat yang mesti pergi. Kereta kabel dia lebih kurang sama dengan Genting tetapi pemandangan gunung-ganang dan laut tu yang berbeza.Kereta kabel ni naik ke atas gunung yang memang cukup tinggi. Memang gayat bila gegar sikit je rasa cam nak luruh jantung 🙂 Tapi tu memang pengalaman best

Harga tiket dewasa RM15, kanak-kanak RM10 (warganegara Malaysia. Kena tunjuk MyKad)

 Lain-lain

Ada beberapa benda lain yang ingin dikongsikan.

1. Paparazzi

Di tempat-tempat menarik seperti di kereta kabel dan island hopping tiba-tiba ada orang suh ambil gambar atau just snap curi-curi gambar kita. Lepas tu bila tengah beratur atau nak pulang, dia akan jual gambar-gambar yang dia dah ambil.

Kat kereta kabel sekeping gambar RM30! Manakala kat island hoping dia print gambar sorang-sorang di ‘piring’ yang berasingan. So RM10x6 = RM60!

Saya agak kurang senang dengan cara berniaga macam ni. Kita jadi serba salah. Nak bayar mahal, kalau nak biar nanti sayang dan dia buat apa pula dengan gambar kita tu.

2. Petrol

Stesen petrol banyak jadi jangan risau. Saya isi minyak penuh RM60 lebih, bila balik masih ada lagi setengah tank tak berguna. Tak akan dapat refund punya.

Jadi isi minyak sedikit dan bila perlu saja.

 

IMG_20131126_213240

Eagle square

 

Lokasi penting di Pulau Langkawi

  1. Kereta kabel, Gunung Machinchang berhampiran Telaga Tujuh
  2. Lapangan Terbang, Padang Mat Sirat
  3. Pantai Cenang
  4. Kuah

scr01

1 thought on “Trip to Langkawi

  1. Aisyah K

    Very good info~~ tak Saba rase nk pegi..
    Tp kalau dapat share contact2 no lg best.. Senang utk org lain refer… Contoh nye island hopping, hotel, Kereta sewa, dll..

Comments are closed.