Tips menulis resume

Kebelakangan ni saya mencari beberapa staff baru untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat. Saya pun pos beberapa iklan di jobs.lowyat.net dan mudah.my.

Hasilnya dapatlah beberapa resume untuk disaring dan kemudian jika ok calon akan dipanggil untuk interview.

Saya agak hampa dengan cara kebanyakan pemohon menghantar permohonan dan menulis resume mereka.

Berikut adalah beberapa tips yang saya ingin kongsikan yang mungkin boleh membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan.

1. Jangan hantar email kosong

Ada orang menghantar email kosong tanpa apa-apa mesej. Yang ada cuma attachment resume. Ini menunjukkan sikap tidak bersungguh pemohon.

2. Gunakan nama sebenar

Saya ada mendapat email dari setan_poyo, raksasa_comel. Oh apakah ini? Anda sepatutnya bersikap lebih profesional dan menggunakan nama sebenar bukan nama samaran yang memberi tanggapan negatif kepada majikan.

3. Namakan fail resume dengan nama anda

Namakan fail anda sebagai resume_nama_anda.doc atau resume_nama_anda.pdf. Jangan hantar resume.doc sahaja. Bukan resume anda seorang yang diterima oleh pihak majikan.

4. Ceritakan tentang pengalaman secara perinci

Ceritakan apa yang anda TELAH lakukan. Bukannya cerita subjek apa yang anda belajar di kolej! Tak semestinya anda seorang fresh grad anda tak pernah melakukan sesuatu semasa di kolej atau universiti.

Ceritakan secara terperinci projek yang anda telah jalankan, apakah tugas yang anda pikul, siapakah yang terlibat, teknologi yang digunapakai dan sebagainya.

5. Sertakan gambar yang terkini dan impresif

Kata pepatah “Picture worth a thousand words” sangat tepat. Dengan melihat kepada gambar seseorang, banyak perkara yang anda boleh disimpulkan. Jadi sertakan gambar anda yang terkini dan yang paling presentable.

6. Sedia untuk menjawab telefon dan email

Selepas menghantar resume, bersedia untuk menjawab telefon dari nombor yang tak dikenali. Bila dapat missed call, hubungi semula orang yang menelefon. Email juga perlu disemak lebih kerap. Berikan jawapan yang pantas.

Ini semua termasuk faktor untuk majikan membuat keputusan kelak.

Bagi yang sedang mencari kerja, harap tips ini berguna dan selamat berjaya dalam karier anda!

 

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Business, Motivation, Personal
Tags: , , ,
1 comment

One Comment

  1. Pentingnya simple and straight forward.

Leave a Reply

Required fields are marked *