Tips membuat pembentangan

Beberapa tips penting dan ringkas untuk membuat pembentangan (presentation) atau training.

1. Ketahui latar belakang pendengar. Siapa yang akan hadir, apa yang mereka ingin dengar.

2. Pastikan matlamat pembentangan – adakah untuk membuat jualan, sekadar memberi maklumat, untuk pemahaman dsb. Pastikan matlamat ini tercapai.

3. Eye contact – Pastikan eye contact dengan setiap pendengar. Jika ramai, dapatkan 4-5 point untuk anda membuat eye contact yang boleh meliputi keseluruhan pendengar. Tentu anda tidak suka mendengar seseorang yang bercakap tetapi hanya memandang siling, dinding dan skrin bukan?

4. Senyum.  Jangan kedekut. Senyuman boleh mengurangkan tekanan semua. Dengan senyuman mungkin anda akan menerima senyuman juga dari pendengar.

5. Buat kelakar. Ini perlu dibuat berhati-hati supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Ia bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pendengar untuk berinteraksi dengan kita.

6. Gunakan “visual aid”. Gunakan segala kemudahan yang ada bagi menyampaikan apa yang anda ingin sampaikan. Slide, screen shots, white board (lukisan, tulisan, gambarajah), gambar, body language, objek dan apa sahaja. Pendengar tidak boleh “membayangkan” sebaik apa yang anda sedang bayangkan.

7. Dapatkan respon. Cara paling mudah ialah bertanya secara umum soalan yang mudah dan menyuruh pendengar respon dengan mengangkat tangan atau menjawab satu jawapan yang mudah – ya, tidak, setuju dsb.

8. Lihat respon luar sedar pendengar. Adakah mereka bosan (menguap, tidur, buat perkara lain, berbual, melihat jam, membaca mesej, facebook di telefon), tak faham (garu kepala, memandang kosong kepada anda, pandang sekitar), tidak berapa suka (berpeluk tubuh), sangat berminat (bertanya soalan, mengangguk tanda setuju, badan ke hadapan dengan penuh minat). Sentiasa alert dan bersedia untuk membuat sesuatu bila anda melihat reaksi-reaksi dari pendengar.

Begitulah beberapa tips yang boleh dipraktikkan. Bagi banyak-banyak nanti tak buat pun tak guna juga 🙂

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Business
Leave a comment

Leave a Reply

Required fields are marked *