The other side

Pernah tak kita terfikir tentang apa yang berlaku ‘the other side’. Hmm.. dalam BM apa yang berlaku di sebelah sana.

Contohnya, kita pernah menjadi murid, tapi pernah tak terfikir bagaimana menjadi seorang guru? Sebagai murid kita boleh cakap cikgu ni bagus cikgu tu tak best. Pernah tak kita rasa bagaimana menjadi guru. Apa pula yang murid kita komen. Adakah kita cikgu yang bagus atau cikgu yang tak bagus?

Dalam setiap perkara mesti ada the other side. Saya selalu terfikir untuk mengalami kedua-dua belah bahagian supaya kita boleh nilaikan kedua-dua bahagian secara adil kerana kita sendiri mengalaminya.

Senarainya seperti di bawah (banyak lagi jadi fikirkan sendiri)

  • pekerja ** majikan
  • murid ** cikgu
  • audience ** speaker
  • staff ** boss
  • follower ** leader
  • pembeli ** penjual
  • pembaca ** penulis
  • penyewa ** tuan punya
  • pengguna ** pencipta
  • penerima ** pemberi
  • peminjam ** pemberi pinjam
Kebanyakan kita berada hanya disatu pihak sahaja. Terfikirkah anda untuk berada dipihak yang lagi satu? Apa rasanya? Susah ke senang? Untung ke rugi? Best ke tidak?
Kesimpulan di sini, anda patut mencuba untuk berada dipihak yang lagi satu dan anda akan tahu menilai mana yang baik dan mana yang tidak dan berlaku adil dan memberi yang terbaik bila anda berada dimana-mana pihak sekalipun

2 thoughts on “The other side

  1. jibeng

    most of the time kita ‘jual ikan”, mana lah nak ingat soal orang lain, apa dan bagaimana etc, kepentingan kita pasti didahulukan, mana lah nak ada kesedaran susah senang pihak satu lagi.

    contoh ringkas: berapa kali kita menyumpah telco, tiap kali link internet kita slow dan high latency 🙂 , bagaimana pula perasaan mereka?

    pokoknya servis kan? semua yang diatas terikat pada servis yang dipersetujui, bilamana ada pihak yang menyalahi janji, pasti pihak satu lagi akan lupa diri atau kata orang kampung saya, Selfish.

    1. azwan

      Yes it’s about “expectation”. Actually we are the one who set the expectation. What if we don’t set any. Or the best if we can think on the other side.

Comments are closed.