Tag Archives: usahawan internet

Saya dah bayar, mana barangnya?

Ni antara masalah pembeli yang membeli barangan secara online. Mungkin anda pernah menghapinya. Lepas berminat dengan satu produk, anda terus membuat bayaran ke akaun bank yang dipaparkan. Kemudian anda pun menghantar e-mail seperti yang tertera di laman web memberitahu bayaran telah dibuat dan produk apa yang anda ingin beli.

Tunggu punya tunggu, lepas sehari ke sehari, anda masih belum menerima apa-apa berita dari si penjual. Nak telefon, nombor pula tak ada dipaparkan. Semakin hari anda semakin gelisah. Duit dah dibayar, tapi mana barangnya?

Inilah yang akan pembeli anda rasakan. Mereka telah mempercayai anda sebelum anda mempercayai mereka. Jadi jangan buat mereka tertunggu-tunggu dan paling teruk hilang kepercayaan kepada anda. Yang sedihnya bila sekali mereka terkena, mereka akan menganggap semua usahawan internet ni sama saja.

Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan dari masalah ini berlaku dan menjadikan anda usahawan internet yang lebih bertanggungjawab ialah..

1. Berikan maklumat perhubungan yang lengkap di internet terutama nombor telefon.

2. Jika anda hanya memberikan e-mail, nyatakan dengan jelas dalam masa berapa jam atau hari anda akan membalas e-mail pelanggan anda. Contohnya, e-mail anda akan dibalas dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

3. Nyatakan apa yang sepatutnya mereka expect. Berapa lama sebelum anda membalas atau berapa lama produk akan diterima oleh pelanggan. Contohnya, pesanan akan dihantar pada setiap hari Selasa dan Khamis, jika anda membuat pesanan pada hari penghantaran, ia akan dihantar pada hari penghantaran berikutnya.

4. E-mail pelanggan sebaik saja mereka membayar dan nyatakan yang bayaran mereka telah diterima dan pesanan mereka akan diproses. Nyatakan juga anda akan e-mail lagi sebaik saja produk tersebut dihantar.

Dengan cara ini pelanggan anda tak tertanya-tanya dan terasa diri mereka ditipu. Anda perlu ingat pelanggan ini mungkin akan menjadi pelanggan tetap anda dan jika dia gembira, dia akan dengan sukarela mengsyorkan anda dan produk anda kepada rakan-rakan mereka.

Selamat berniaga..