Tag Archives: pengurusan perniagaan

Spend to expand

Ramai orang menjalankankan perniagaan sendiri akan sampai ke satu tahap yang “stagnant”. Perniagaan boleh hidup tetapi tak boleh nak berkembang. Ini menyebabkan usaha berada pada tahap yang sama bertahun-tahun lamanya.

Bila jumpa dengan rakan-rakan, diorang akan tanya “Amcam business?”. Maka si peniaga ni pun jawablah “Bolehlah…” dengan nada separuh hidup.

Sepatutnya jawapan yang nak didengar “Alhamdulillah, business makin berkembang. Sekarang tengah nak masuk pasaran antarabangsa. Kau ada kenal sesiapa dalam bidang marketing yang ingin bekerja? Aku tengah nak cari staff tambahan ni”.

Sebenarnya masalah ini berlaku kerana banyak sebab. Sebab utamanya ialah kurangnya pengetahuan dalam menguruskan perniagaan. Biasalah yang berniaga asalnya dulu dari orang bekerja yang mempunyai skil teknikal bukan skil mengurus dan mengembangkan perniagaan.

Saya nak ceritakan hari ni salah satu sebab lain iaitu takut untuk berbelanja. Bukan belanja beli belah kat gedung kain, kat giant ke tetapi belanja untuk mengembangkan perniagaan.

Contohnya membeli peralatan untuk membantu mempercepatkan proses pembungkusan. Membeli perisian untuk menguruskan hal ehwal akaun syarikat. Mengupah profesional untuk mengendalikan sebahagian urusan perniagaan. Membeli notebook supaya dapat lebih mudah bekerja dan bergerak.

Apa salahnya jika kita membelanjakan RM500 sebulan untuk mendapat pulangan RM3,000 sebulan atau membelanjakan RM1,000 sebulan untuk pulangan RM20,000 sebulan?

Bukan apa sebab sekarang saya tengah plan nak sewa tempat untuk buat training. Kalau dah ada tempat sendiri esok boleh lah buat lebih kerap dan lebih banyak kursus lagi yang boleh ditawarkan kepada orang ramai yang memerlukan.

Jadi kepada yang mempunyai perniagaan, fikir-fikirkanlah berapa yang patut anda belanja untuk mendapatkan berapa keuntungan daripadanya. Selamat berbelanja dan berkembang 😉