Tag Archives: MEPS

Interbank Funds Transfer – Berapa hari clear?

Dulu saya ada buat posting tentang fund availability untuk interbank fund transfer atau bila orang akan dapat duit bila kita buat interbank funds transfer (pemindahan wang berlainan bank)

Terbaru rata-rata bank mengikut jadual seperti di bawah.

1. Jika fund transfer dibuat pada hari bekerja

Masa Transfer Masa Terima
sebelum 5 pagi  11 pagi
5-8 pagi  2 petang
8-11 pagi  5 petang
11 pagi-2 petang  8 malam
2-5 petang  11 malam
selepas 5 petang  11 pagi (hari bekerja berikutnya)

2. Jika fund transfer dibuat pada hari tidak bekerja (cuti hujung minggu dan cuti am)
– tidak kira pukul berapa akan dapat pada pukul 11 pagi hari bekerja berikutnya.

* Jadual di atas untuk Interbank IBG transfer sahaja. Tidak terpakai untuk Instant Transfer yang akan terus dapat bila transfer tetapi kos lebih tinggi dalam 50sen ke RM2 bergantung kepada bank.

* Hari bekerja dan cuti am biasanya mengikut tetapan Wilayah Persekutuan.

Nota: Oleh kerana terlalu banyak komen bertanya tentang bila nak clear walaupun telah terang-terang dinyatakan di atas, jadi saya off comment untuk post ini. Sila cek betul2 jadual yang diberikan di atas ya. Terima kasih.

MEPS Interbank Transfer – berapa hari clear?

Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada lagi yang belum tahu tentang Interbank transfer ni.

Bila anda buat interbank transfer (transfer duit dari satu bank ke bank yang lain) melalui MEPS, berapa lama masa diambil untuk duit tersebut dapat dilihat atau dikeluarkan di bank lagi satu?

Jawapannya agak mudah.

1. transfer hari bekerja sebelum 12 tgh hari, dapat pada hari sama selepas 6 petang

2. transfer hari bekerja selepas 12 tgh hari, dapat pada hari bekerja berikutnya selepas 6 petang

3. transfer hari tidak bekerja (tak kira masa), dapat pada hari bekerja berikutnya selepas 6 petang

Ini penting jika sekiranya anda ingin membuat pembayaran balik loan atau membeli barang dan tersilap transfer pada hari Jumaat selepas 12 tgh hari dimana duit itu hanya akan clear pada hari Isnin selepas 6 petang.

Semoga bermanfaat, jika ada silap harap beritahu untuk saya betulkan.

Update: Jadual terkini untuk Interbank Funds Transfer