Sudah terang lagi bersuluh

Semalam majlis fatwa kebangsaan dah umumkan pelaburan internet adalah haram. Itulah yang mungkin ditunggu-tunggu oleh pelabur internet yang aktif memperjuangkan skim tersebut.

Dah macam-macam yang dikatakan sebelum ni macam tak masuk akal je oleh pelabur aktif ni. Dah terang-terang interest tu haram, tapi tak tau macam mana boleh putar belit jadi halal. Bila orang tegur, melenting marah.

Tak tahulah lepas ni apa pula hujah yang akan dikemukakan kalau ada lagi yang sibuk dok promosikan skim pelaburan di internet ni.

Untuk yang baru nak mula melabur beruntunglah sebab tak rugi banyak. Yang dah melabur tu berhenti serta merta dan sedekahkan semua keuntungan sebab tak boleh guna sendiri pun duit keuntungan tu. Itu pun kalau untunglah sebab banyak dah skim yang dah bawa lari duit.

Satu lagi kerja yang harus dilakukan untuk sesiapa yang melabur ialah memberitahu semua ‘orang bawahannya’ yang pelaburan internet adalah haram sebagaimana mereka mempromosi untuk join skim pelaburan sebelum ini. Sebab ada ‘saham’ juga kat orang2 bawah tu. Jangan lupa..

Mulakanlah perniagaan internet yang sebenar atau sertai program yang betul-betul sah. Kalau tak tau, belajar. Pendapatan yang sikit tapi berkat lebih baik dari yang banyak tetapi haram atau syubahat. Peringatan untuk diri sendiri juga. Wallahua’lam..

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Business
7 comments

Comments (7)

  1. tak tau la azwan… baru ni bagi alasan belum ada fatwa. la ni bila fatwa dah kluar, apa alasan pulak ek. kalau sempat ambik modal balik, ok la tu kot. kalau tak sempat, web tu dah tutup…? hangus lah…
    bab d.line tu, betol gak. kena bgtau balik kat semua d.line. pas tu diorang nak ikut ke tak nak bukan kerja anda lagi dah. yg penting dah jalankan tanggungjawab dan amanah.

  2. hehehe..nak wat cam ne..dah nak untong..tu yg bile ditegur melenting tu..hehehehe….

  3. hahha… cari untung yang berlipat akhirnya berlipat sirat… bukan sekadar website je hilang, close. orang yang join dah tentu tersedu… tersedu…

    begitulah alkisahnya… kan dah kata dah…

    orang larang nih jangan tak dengar… kita nasihat untuk kebaikan… kan dah kena…

    menda macam nih kalu tk reti nak ambik pengajaran lagi… tak tau nak kata apa dah…

    sekian terima kasih…

  4. Err, kata alim ulamak, tepuk dada tanya iman..tapi kalau iman tak cukup kuat, Yusuf Qardawi cakap pun buat dekk je…apalagi bila dah terima hasil, mata makin gelap..ujian kesenangan tu lebih susah sebenarnya

  5. Wan, kalau pelaburan forex kat internet ikut e-gold tu camne plak eh? mcm [fxmalay dot com]. sbb bebaru ni ada member tunjuk.. siap dgn desktop application (windows) utk monitor pergerakan forex around the world

    err, lari subjek ke?

  6. Senang je….kalau sumber tu tak pasti dan was-was tinggalkan saja.

    thanks

  7. Jutawan Forex George Soros tidak berjudi kerana semua duit dia masuk ke dalam forex market.Duit Soros betul-betul masuk market forex sampai kita pon terasa masa tahun 1996/97 dulu. Duit pelaburan trader forex se-Malaya ni betul ke masuk market atau setakat masuk broker bucket shop & spread betting house ?

    Broker bucket shop & spread better ni semua benda boleh ‘trade’. Tapi bukan trade pon. Currency pair, metal & komoditi pon boleh kita betting. Gold & crude oil ni trade secara futures di Chicago, New York Mercantile Exchange, London Comodity Exchange dsbnya. Banyak broker bucket shop offer untuk ‘trade’ gold ….tapi duit tak masuk dalam market gold.
    Sebenarnya itulah spread betting pada harga gold.
    Begitulah juga pada currency pair, katakan kau punya position long euro/usd; position kau tu tak masuk pon forex market !
    Dah tu pegi mana pegi position long euro/usd kau tu ?
    Tak pegi mana-mana pon,ada kat dalam hard disk broker kau la..dan buat spread betting pada harga euro/usd.

    Position masuk market = TRADE.
    Position tak masuk market = GAMBLE.

    Semua data feed (harga) & graf adalah real.
    Yang tak realnya ‘trade’ tu….

    PakCik dah tahu. Anda bagaimana ?

Leave a Reply

Required fields are marked *