Spend to expand

Ramai orang menjalankankan perniagaan sendiri akan sampai ke satu tahap yang “stagnant”. Perniagaan boleh hidup tetapi tak boleh nak berkembang. Ini menyebabkan usaha berada pada tahap yang sama bertahun-tahun lamanya.

Bila jumpa dengan rakan-rakan, diorang akan tanya “Amcam business?”. Maka si peniaga ni pun jawablah “Bolehlah…” dengan nada separuh hidup.

Sepatutnya jawapan yang nak didengar “Alhamdulillah, business makin berkembang. Sekarang tengah nak masuk pasaran antarabangsa. Kau ada kenal sesiapa dalam bidang marketing yang ingin bekerja? Aku tengah nak cari staff tambahan ni”.

Sebenarnya masalah ini berlaku kerana banyak sebab. Sebab utamanya ialah kurangnya pengetahuan dalam menguruskan perniagaan. Biasalah yang berniaga asalnya dulu dari orang bekerja yang mempunyai skil teknikal bukan skil mengurus dan mengembangkan perniagaan.

Saya nak ceritakan hari ni salah satu sebab lain iaitu takut untuk berbelanja. Bukan belanja beli belah kat gedung kain, kat giant ke tetapi belanja untuk mengembangkan perniagaan.

Contohnya membeli peralatan untuk membantu mempercepatkan proses pembungkusan. Membeli perisian untuk menguruskan hal ehwal akaun syarikat. Mengupah profesional untuk mengendalikan sebahagian urusan perniagaan. Membeli notebook supaya dapat lebih mudah bekerja dan bergerak.

Apa salahnya jika kita membelanjakan RM500 sebulan untuk mendapat pulangan RM3,000 sebulan atau membelanjakan RM1,000 sebulan untuk pulangan RM20,000 sebulan?

Bukan apa sebab sekarang saya tengah plan nak sewa tempat untuk buat training. Kalau dah ada tempat sendiri esok boleh lah buat lebih kerap dan lebih banyak kursus lagi yang boleh ditawarkan kepada orang ramai yang memerlukan.

Jadi kepada yang mempunyai perniagaan, fikir-fikirkanlah berapa yang patut anda belanja untuk mendapatkan berapa keuntungan daripadanya. Selamat berbelanja dan berkembang 😉

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Business
Tags: ,
5 comments

Comments (5)

  1. biasela tu..ramai orang tak nampak pentingnya pelaburan ni..dan ramai yg takut rugi berdasarkan cerita2 orang ataupun pengalaman diri sendiri..

    maklumlah..pulangannya belum terjamin pada kebiasaannya..nak kata tak berduit mmg telahan yg salah…yerla… kalau skim cpat kaya tu berduyun2 pulak yg masuk..

    saya pun sekarang sedang menunggu masa yang sesuai untuk “melabur” bagi mengembangkan perniagaan membina laman web iaitu dengan memiliki autoresponder getresponse..

    mmg pelaburan yg nak dikeluarkan agak banyak if nak dibandingkan dengan income skrg..tapi inilah perniagaan..if takut rugi je memanjang..toksah wat bisnesla bak kat tun m 🙂

    tapi if ambil risk tu..biarlah calculated risk yer !

  2. Biasalah tu, rakyat malaysia (bukan saya). Apa2 pun nak free. Kalau keluar duit sikit untuk tambah ilmu kedekut ya amat. Yang hairan tak sudah2! (sampai sekarang masih hairan) bab skim cepat kaya, senang plak keluar duit. Siap kempen kat kengkawan lagi. Bila dah terkena, baru menyesal. Tapi sekejap je. pastu buat lagi. Mesti ambil risiko ma…katanya. Entahlah..hairan, hairan.

  3. saya bkn apa .. bab MLM ni sye dah naik bosan dh.. bkn kata x boleh kaya.. memang boleh kaya.. bak kata orang2 MLM yang dah berjaya, nak berjaya ikut kata orang berjaya,nak gagal ikut cakap orang gagal. memang betul apa kata mereka tu,sebab mereka pun dah berjaya.. tapi macam mana pulak orang yang baru masuk… dengan ilmu yang cetek, skil yang kurang mahir , pengalaman yang x pernah ade/ade tapi masih sikit. boleh ke mereka buat.. bukan nyer sye nak kata macam2, atau pun mcm2 alasan .tapi dah terbukti memang cukup payah nak mencari orang yang berduit nie..kekadang tu orang x nak masuk bukan dia x der duit tapi dia sendiri pun rasa belum pasti lagi yang dia ni boleh buat tanggungjawab tu.ade orang tu pulak duit x der, tapi disebabkan kepercayaan dan keyakinan yang membuak buak tantang cerita yang disampai kan oleh leader MLM membuat dia rase boleh berjaya dalam mase terdekat… memang betul beb, tapi belum tentu lagi dia boleh buat ke x.. jangan ikut cakap orang.pendek kata TEPUK DADA ,TANYA SELARA

    SEKIAN

  4. Firstly saya tak tau apa kaitan MLM denga post ni.
    Untuk nak jawab mengenai isu ni.

    Dalam MLM janganlah anggap benda ni skim cepat kaya dan terus boleh terer. Setiap orang masuk dan bermula dari bawah. Tak ada skil, tak ada ilmu produk dan marketing (kebanyakannya). Kebanyakan yang berjaya lebih kepada mempunyai tahap kecekalan yang tinggi dan tak mudah mengalah.

    Jika rasa yakin dengan diri, boleh cuba. Jika rasa tak sesuai tak perlu ceburi. Pilihan di tangan anda.

  5. salam
    memang betul jika ingin perniagaan kita berkembang maka ilmu yang berkaitan adalah perlu. pada masa dahulu pemasaran adalah secara seminar, ceramah buka gerai dan macam-macam lagi yang memerlukan kehadiran peniaga. namun pada masa kini hanya menggunakan internet peniaga boleh promosi barangan jualan keserata dunia, tanpa had sempadan dan masa. tulah orang kata sambil tidur pun boleh jual barang.
    perkara ini hanya akan berlaku jika peniaga tersebut mempunyai ilmu berkaitan pemasaran internet. bagi mendapatkan ilmu tentulah perlukan pengorbanan samaada dari segi masa, wang dan tenaga. jika ada yang percuma pun anda perlu meluangkan masa dan tenaga.
    bagi menambah ilmu adalah wajar jika dikeluarkan sedikit wang agar kita lebih menghargainya. pilihlah ilmu yang diperlukan dan mengikut keutamaan.
    sekian wassalam.

Leave a Reply

Required fields are marked *