Sesi perah otak di kedai mamak

Sekarang dah jam 6.30 pagi. Malam ni tak tidur menghabiskan masa sepagi bersama dengan abang di kedai mamak. Bukan berbual kosong tapi berbincang tentang perniagaan.

Banyak yang diperbincangkan dan banyak juga idea dan ilham yang timbul serta dikongsikan bersama. Mungkin sesi seperti ini patut diadakan lebih kerap dalam kumpulan yang kecil

Antara perkara yang dibincangkan termasuk

  1. sistem sebenar dalam perniagaan – case study – kedai mamak 24 jam 🙂
  2. perniagaan dan man power (yang mahir/buruh) yang diimport
  3. cara hidup mewah peniaga seperti melancong – bukan untuk menunjuk2 tapi untuk ketenangan fikiran dan bebas dari tumpuan fikiran kepada bisnes hampir 24 jam (bukan 9-5)
  4. networking – bukan sekadar bertukar kad bisnes tetapi lebih kepada sokong-menyokong untuk perkembangan perniagaan
  5. spend to expand – berfikiran lebih jauh dalam melaburkan duit untuk perkembangan yang lebih pesat
  6. hala tuju peniaga melayu malaysia – setakat mana? duit banyak, job banyak, kebebasan masa, kereta besar, glamer atau apa?
  7. menghabiskan duit untuk pemasaran, mendapatkan balik duit dengan jualan.. pemasaran tertumpu, menguasai media pemasaran..
  8. dan lain-lain lagi……………

Terlalu banyak untuk disenaraikan dan dikupas dalam posting ni. Membuatkan otak ligat berfikir dan memberi semangat untuk terus berusaha..

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Business
2 comments

Comments (2)

  1. betul tu.
    tiada jalan mudah untuk berjaya.

  2. Itulah.. saya pun kebelakangan ni banyak benda nak buat.. jadi kena susun balik ler.. planning.. planning..

Leave a Reply

Required fields are marked *