Satu website besar atau banyak website kecil?

Website yang boleh buat duit di internet dikenali sebagai VRE (virtual real estate). Ada nilai website yang meningkat dengan ketara dan ada pula yang meningkat dengan perlahan.

Cara untuk mengukur peningkatan nilai website pula boleh dibuat dengan melihat pada

1. Jumlah pelawat yang berkunjung

2. Duit yang boleh dihasilkan

Adakah dengan membuat website ‘kecil’ yang banyak akan menghasilkan pendapatan yang tinggi? Atau dengan mempunyai satu website yang ‘besar’ dengan beribu mukasurat (pages) lebih baik?

Ada IM yang mengajar anda membuat 10 website dengan hanya 5 muka surat. Kata mereka jika 8 tak jadi (tak menghasilkan apa-apa pendapatan) mungkin yang lagi 2 berjaya.

Tetapi saya boleh katakan anda akan menghabiskan banyak masa membuat website dan tak ada masa untuk mengemaskini dan memberi fokus dalam marketing yang anda buat.

Website mana yang nak dipromosikan? Website mana satu yang hendak dikemaskini?

Berbanding dengan satu website yang besar. Anda akan lebih fokus pada tema yang telah ditetapkan. Apa yang perlu anda buat hari-hari ialah

1. menambah kandungan website (sama ada anda sendiri menambah atau orang lain juga turut menyumbang)

2. mempromosikan website

Lihat sajalah contoh kebanyakan website popular yang berjaya, kebanyakannya mengandungi ribuan muka surat dan pemiliknya mungkin hanya mempunyai kurang dari 3 website yang besar.

Bila anda mempunyai ribuan mukasurat, ini akan memberi kelebihan untuk anda ditemui di search engine. Bayangkan anda ada 1000 pintu masuk ke website anda berbanding cuma 5 pintu masuk.

Kebanyakan blog yang berjaya juga pasti mempunyai ribuan mukasurat untuk mencapai jumlah kunjungan yang konsisten setiap hari.

Jadi saya syorkan kepada anda, tetapkan satu tema dan mulalah membina satu website yang ‘besar’. Berikan fokus sepenuhnya untuk menambah kandungan dan meningkatkan jumlah pelawat.

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: General
2 comments

Comments (2)

  1. Adakah sebagai contoh, satu ‘website besar’ tu boleh dirjuk sebagaimana….lelong.com atau mudah.com yang mempunyai banyak pages….

  2. Betul. Ada 2 jenis

    1. Blog atau website yang ditambah oleh satu pihak sahaja (individu/syarikat/kumpulan). Kebanyakan blog popular mempunyai posting yang banyak. Biasanya lebih dari 5 kali seminggu.

    2. Website yang ditambah oleh orang ramai seperti direktori, forum dsb.

Leave a Reply

Required fields are marked *