RM5000 online transaction

Bukan saya yang dapat RM5k tapi buat belian terbesar RM5k secara online – melalui internet dan telefon. Sebelum ini belian terbesar USD197 iaitu beli Xsitepro. Tu belum kira monthly payment macam adwords, aweber, hosting dsb yang kalau nak kira-kira semua pun lebih RMxxxx.
Jadi tak mustahil untuk anda mendapat transaksi RMxxx di internet bukan? Belum cuba belum tahu.

Notebook HP yang dibeli dengan HP + Celcom 3G promo dah dapat. Jadi sekarang baru lah ada masa nak setup semua aplikasi penting dan transfer semua data dari notebook lama.

Ada beberapa features menarik kat notebook ni yang dijangka akan lebih membuatkan kerja lebih efisen + efektif (ada beza tau efisen dan efektif. Kalau nak tau baca balik report The Death of IM).
Sebenarnya dah minggu lepas dapat tapi sibuk dengan persediaan workshop 2 disember lepas. Alhamdulillah workshop berjalan lancar. Peserta yang datang begitu bersemangat sekali. Ada yang datang dari Gerik, Perak! Hari tu paling jauh datang dari Johor Bahru.

Tahniah saya ucapkan pada semua dan lepas ni mulalah sesi bimbingan untuk semua bekas peserta. Semoga anda terus bersemangat untuk mula menjana pendapatan di internet dan yang terpenting ambil tindakan.

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Business, Marketing Tools, Personal, Technology
Leave a comment

Leave a Reply

Required fields are marked *