Perkara sama perspektif berbeza

Ada sebuah gelas. Air dituangkan ke dalamnya sehingga separuh penuh. Adakah gelas itu separuh penuh? Atau separuh kosong? Kedua-duanya betul. Perkara yang sama tetapi perspektif berbeza.

Perspektif ini adalah perkara yang penting. Ia melibatkan bagaimana kita menjalani kehidupan seharian. Bila kita menghadapi masalah, adakah kita akan mengeluh kerana masalah itu menimpa kita atau kita akan rasa itu ada peluang untuk kita belajar perkara baru dan jadi lebih kuat.

Ada juga satu cerita tentang sebuah kilang kasut. Ia menghantar seorang pekerja untuk membuat kajian pasaran di India tentang potensi untuk menjual kasut di sana. Selepas beberapa hari pekerja tersebut pulang dan memberitahu mereka tiada peluang kerana semua orang di sana tidak memakai kasut.

Tidak puas hati dengan jawapan tersebut. Pihak pengurusan menghantar pekerja kedua untuk membuat kajian. Selepas beberapa hari pekerja kedua pulang dan memberitahu potensi untuk menjual kasut di sana sangat besar! Kerana orang di sana masih belum memakai kasut.

Jadi dalam situasi sehari-hari pastikan anda lihat dari perspektif yang positif. Fikirkan tentang hasil yang membawa manfaat. Bawa perubahan dari perspektif yang difikirkan.

Orang lain melihat syarikat penerbangan sesuatu yang sukar dan penuh dengan masalah (lihat sajalah MAS) tetapi Tony Fernandez melihat peluang. Kini semua orang boleh terbang 🙂

Begitu juga dengan pembacaan. Buku dan artikel yang sama diolah dan dilihat dari perspektif yang berbeza oleh pembacanya.

Anda juga boleh melihat orang dengan pandangan dengki, tak puas hati atau berpandangan terbuka dan ingin belajar dari kelebihan seseorang.

Kesimpulannya perspektif membawa kesan kepada kehidupan. Jadi berwaspada dengan apa yang anda fikir. Yang seterusnya akan melahirkan kata-kata dan perbuatan. Kesan bagaimana yang anda inginkan?

2 thoughts on “Perkara sama perspektif berbeza

Comments are closed.