Pengiraan jumlah pembayaran balik, ansuran, keuntungan bank bagi pinjaman

Adakah anda pernah buat pinjaman di bank? Jika tidak, tahniah! Hehe..

Di sini saya ingin kongsikan sikit tentang bagaimana untuk mengira jumlah bayaran balik, bayaran bulanan, keuntungan bank untuk pinjaman yang anda buat.

Formulanya ialah seperti berikut

Jumlah bayaran balik = Jumlah pinjaman + Jumlah keuntungan bank

Jumlah bayaran balik = Jumlah pinjaman + (Jumlah pinjaman x kadar pinjaman x tempoh pinjaman)

Contohnya anda ingin meminjam RM50,000 dan dibayar semula dalam tempoh 10 tahun pada kadar 8% setahun.

Jadi pengiraannya adalah seperti berikut:

Jumlah bayaran balik = 50,000 + (50,000 x 0.08 x 10) = 90,000

Wah, pinjam 50,000 bayar balik 90,000. Biar betul bank ambil 40,000. Ya betul 🙂

Bagaimana pula nak kira bayaran bulanan?

Secara ringkasnya seperti berikut

Bayaran bulanan = Jumlah bayaran balik / (tempoh x 12)

Dalam contoh di atas,

Bayaran bulanan = 90,000 / 120 = 750 sebulan

Harap anda faham dengan formula dan contoh pengiraan di atas. Jadi selepas ini tak perlu lagi tengok jadual pembayaran yang disediakan bank. Anda boleh kira sendiri dengan bantuan kalkulator.

Jika ingin lebih mudah, cuba gunakan loan calculator ini. Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan “Calculate!”. Anda akan dapat jawapan dalam sekelip mata 🙂

Oh sebelum lupa, pengiraan di atas hanya untuk pengiraan dengan kadar rata (flat rate) iaitu untuk pinjaman peribadi dan kereta. Rumah, OD, kad kredit dikira berdasarkan kadar harian. Agak berbeza.

Jom like facebook page uruswang untuk tips pengurusan wang yang lain

Atau jika anda rasa artikel ini bermanfaat, klik sini untuk share di facebook anda

24 thoughts on “Pengiraan jumlah pembayaran balik, ansuran, keuntungan bank bagi pinjaman

  1. dila

    salam tuan tanah, nak tanya la macam mana lak pngiraan kalau nak settle kan loan awal?katakan saya wat loan easy rhb rm5k dlm tempoh 5tahun.interest rate 14.52%.baru bayar sekali je monthly rm144.so saya ingat nak wat loan lain yg interest rate lagi rendah dan settle terus loan kat easy rhb.sy dah kira baaran balik semuanya rm8630.jadi kalau la baru sebulan wat loan ni n sy terus nak settle, sy still kena byr full rm8630 (+ rm200 denda) atau macam mana ya?

    1. azwan

      Salam. Easy RHB gunakan pengiraan mengikut baki harian (pengiraan yang sama dengan kad kredit dan kebanyakan pinjaman rumah). Untuk langsaikan, baki pokok tak akan melebihi jumlah asal yang dipinjam (RM5000) dan perlu tambah penalty RM200. Anda boleh hubungi pihak bank untuk dapatkan jumlah sebenar yang perlu dibayar pada hari yang anda ingin langsaikan semua hutang tersebut. Harap membantu

  2. syah

    Terima kasih.. isk isk nak menangis rasenye kira balik pinjaman dengan MBSB… baru aku tau pinjam RM108k MBSB buat untung atas pinjaman aku hampir RM134k… Alhamdulillah kekurangan pada aku dan ade juge keringanan yang ALLAH beri. Mase nak pinjam dulu dok tgk bayar bulan rendah.. sekarang dah ade bank yang bagi kadar munasabah 3.95 untuk 20 tahun. Overlap balik dalam RM110k bank buat untung lebih kurang RM85k..

    Terima kasih atas tunjuk ajar, inilah yang Rasullullah pesan sampaikan ilmu yang bermanfaat..

  3. faziq

    Easy RHB gunakan pengiraan mengikut baki harian (pengiraan yang sama dengan kad kredit dan kebanyakan pinjaman rumah). <<<< boleh terang kn x maksud nie?? sbab sy nk wat fullsettlemet.sy wat pinjaman 11k dan tempoh bayaran selame 5thn.skrg sy dh byr 6 bulan.adakah selame 6 bulan 2 sy byr interest dengan principal skali??

    1. azwan

      Kalau bayar hari ni dan hari esok, pengiraan adalah berbeza. Berbeza dengan pinjaman kereta. Bayar dalam bulan yang sama tak kisah hari apa, pengiraan adalah sama. Tiada penjimatan.

      Semua bayaran – bayar pokok dan keutuntungan cuma mungkin pada peringkat awal bayaran dilebihkan kepada keuntungan bank. Boleh call mereka untuk dapatkan jumlah exact settlement pada hari yang nak di settlekan sepenuhnya. Tak silap ada caj RM200 for early settlement fee jika settle dalam masa kurang 2 tahun.

  4. mohd

    Salam…sya nak tanya..sya ada personal loan dgn mbsb sbyk 110K selama 20tahun n bulanan dlm 853 N rate 4.30%..sya dh bayar dlm 37 bulan..sekiranya sya hndak sttle habis berapa sya perlu bayar??? Tq

    1. azwan

      Lepas 37 bulan, kalau nak settle kena bayar lebih kurang RM105k. Untuk tepat kena tanya MBSB sebab pengiraan mungkin ada sedikit perbezaan.

  5. ela

    salam..sy ada bt loan easy rhb sebanyak RM 6000.00 selama 5thn.. sy kna byr dlm RM 10480.00..sy xpasti rate brpa utk setahun..sy dh bayr 20bulan..sy nk satle terus anggaran berapa ea? terima kasih..

    1. admin Post author

      Easy RHB tidak ikut pengiraan “flat rate”. Pengiraan dan rate dia lebih seperti kad kredit. Boleh terus call RHB Easy dan bagitau exact date bila nak settle. Mereka akan berikan jumlah yang perlu dibayar. Setiap hari adalah berbeza.

  6. Nilin

    Hi azwan. Saya tak pernah buat pinjaman. Saya ada soalan di sini.

    Contohnya saya meminjam RM50,000 dan dibayar semula dalam tempoh 10 tahun pada kadar 8% setahun.

    Mengikut pengiraan di atas, saya kena bayar RM750 sebulan. Dan dengan ini, bank untung RM40,000.

    Andaikata, pada bulan 6 pembayaran dan seterusnya, saya bayar RM1500 sebulan, adakah keuntungan bank akan berkurang?
    Atau untung dia tetap RM40,000 sebab persetujuan yang telah ditandatangani?

    1. admin Post author

      Akan berkurang bila bayaran akhir dibuat (settlement) tetapi tidak banyak dan tidak serta merta. Pembayaran lebihan akan dimasukkan ke satu tempat (advanced payment bucket) dan akan dikeluarkan bila settlement sahaja.

      Pembayaran masih mengikut jadual asal yang ditetapkan kecuali pengiraan untuk daily atau monthly rest (pengiraan mengikut baki pinjaman ketika itu). Contohnya sepert pinjaman kad kredit dan pinjaman perumahan.

  7. liza

    Salam…sy de loan ngn mbsb..ptongan sbulan rm241.00..loan dh jln sejak 2008..ade baki lg 2 tahun pmbyaran yg brjumlah rm7692.00 stakat julai 2016 ini…jika sy ingin buat full stlemnt adakah rebet dberikan n brape sy prlu byar?

    1. admin Post author

      Ya akan dapat rebat. Boleh kira secara kasar, berapa lagi wang keuntungan bank yang belum diambil oleh bank.

      Contoh bank untung 10,000 dalam masa 5 tahun. Jadi jika bayar penuh selepas 3 tahun (baki lagi 2 tahun) bank akan bagi rebat 10,000/5 x 2 = 4000.

      Tetapi pengiraan tu adalah pengiraan kasar, biasanya bank ambil keuntungan lebih pada awal pembayaran dan makin sedikit bila sampai ke penghujung.

  8. faiz

    as salam…sy nk tnya…sy ada bt loan rumah mbsb dlm 90k,dah hmpir 10 tahun byr baki yg tggl dlm 81k…skrg sy nk bt refinance dgn bank lain.bila pergi ke mbsb utk full settlement kena byr 86k…adakah bt full settlement pn di kena kn caj?

    1. admin Post author

      Wsalam. Sepatutnya tak ada caj kecuali kalau within “lock-in period” nak settlekan. Boleh minta statement dari pihak bank dan tengok detail. Jumlah 81k tu dapat dari mana? Adakah diberi oleh bank juga atua kira sendiri?

  9. Saya

    Assalamualaikum tuan..kalau kita nk bt settlement loan peribadi yg baru setahun lebih rugi tak?sy bt pnjaman 60k dah setahun lebih dan ingt nk bt settlement..bank bgtau scr kasar mgkin kena byr 75k..trima kasih atas jawapan tuan.

    1. admin Post author

      Untuk flat rate (personal loan) memang bagus untuk buat settlement secepat mungkin. Sepatutnya settlement tak akan melebihi jumlah pokok pinjaman yang dibuat. Cuba semak semula dengan bank. Mungkin ada penalty untuk early settlement dimasukkan tetapi biasanya tak terlalu besar jumlahnya.

  10. reza

    assalam tuan..sya ada buat loan personal mbsb 83k pada taun 2012 dgn byrn rm622 sebulan utk 20thn..skrg sya nk resettlement loan tsebut..brp sya perlu byr utk settle?

Comments are closed.