Pengguna Internet di Malaysia

Dah berapa ramai ye pengguna internet di Malaysia sekarang? Sehingga September 2006, pengguna internet di Malaysia adalah seramai lebih 11 juta orang! Kira-kira 40% peratus jumlah penduduk.

Peratusan pengguna internet di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia selepas Hong Kong, Jepun, Korea, Singapura dan Taiwan.

Dari 11 juta, tak pasti pula berapa peratus yang membuat transaksi di internet. Kalau 10% bermakna 1 juta lebih orang berurusniaga secara online. Yang selebihnya mungkin cuma melayari internet dan menggunakan email sahaja.

Untuk perniagaan dan transaksi di internet menjadi lebih maju, lebih banyak kesedaran perlu diberikan kepada pengguna internet secara amnya. Tentang cara berurusniaga, kelebihan dan juga potensi yang internet boleh sediakan.

Adakah anda telah membuat pembelian secara online? Kalau tak pernah, kenapa? Tak selamat? Tak tau apa nak beli? Takut tertipu? Pernah tertipu? Tak perlu? Atau..?

* Statistik dari InternetWorldStats

[tags]pengguna internet, internet malaysia[/tags]

3 thoughts on “Pengguna Internet di Malaysia

  1. sabree

    Ramai dah kot yang guna internet sekarang.

    Tapi ramai yang lebih suke online dekat facebook je la nampaknye.

    Kalaulah mereka ni semua buat transaksi internet, wah…. setiap masa duit mengalir macam air

  2. azwan

    Still ada mind set “all must be free on the internet”. Kalau facebook kena bayar pun mungkin ramai tak akan guna

Comments are closed.