Pembunuh produktiviti!

Boleh dikatakan semua orang yang bekerja pejabat sekarang duduk di hadapan komputer untuk bekerja. Komputer sekarang dengan kuasa internet telah menjadi satu alat yang sangat berguna.

Tak kurang juga menjadi alat yang membunuh produktiviti pekerja atau sesiapa saja yang menghadap komputer. Ia menyebabkan banyak gangguan dan hilang tumpuan semasa sedang membuat sesuatu kerja.

Antara aplikasi internet yang selalu dianggap pembunuh produktiviti ialah

1. Facebook

Kita boleh habiskan masa berjam-jam di depan facebook. Membaca status message yang kebanyakan tak beri apa2 faedah pun kepada kita. Lebih-lebih lagi dibaca sewaktu masa kerja.

2. Chat

Zaman IRC (Internet Relay Chat) telah berlalu. Kini ia diganti pula dengan Yahoo Messenger, Google Talk dan MSN Live Messenger. Pelbagai “all-in-one” chat application juga muncul seperti ebuddy.com dsb.

Sedang bekerja tiba-tiba disapa oleh rakan-rakan lama bertanyakan khabar dan aktiviti hujung minggu ini. Kemudian ia berlarutan sehingga terlupa kerja yang sedang dilakukan.

3. Email

Ada sesetengah orang menyemak email setiap 5 minit. Ada yang set “auto-alert” bila email baru diterima. Email yang sampai pula ialah email spam/sampah. Habislah pula 10 minit baca cerita-cerita karut, peluang perniagaan menipu dan surat berantai.

Sebenarnya ada banyak lagi, anda sendiri pun tau apa dia.

Kadang-kadang perkara ini mungkin berlaku seminit dua tetapi anda akan mengambil masa untuk kembali kepada mood dan meneruskan kerja yang anda tinggalkan untuk perkara-perkara ini.

Ia akan menyebabkan kita kurang produktif kerana gangguan anasir-anasir ini.

Jadi? Apa yang boleh dilakukan?

1. Cuba buat sesuatu offline dan jauh dari PC anda. Contohnya untuk melakar sesuatu, buat mind mapping, brain storming, plan dsb.

2. Matikan semua chat application semasa bekerja

3. Tetapkan waktu bila anda boleh buka email atau facebook. Contohnya pada pukul 11 pagi dan 3 petang sahaja. Biasanya apabila seseorang menghantar email, mereka tidak akan expect jawapan serta-merta tetapi paling lama dalam masa 2 hari.

Jadi hargai masa anda, mood anda dan juga jangan lupa hormati juga masa orang yang anda kacau 🙂

Semoga hari-hari berikutnya akan lebih produktif!

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Motivation, Personal
Tags: , , ,
2 comments

Comments (2)

  1. tapi semua gangguan itu bergantung kpd individu sendiri untuk menilai dan membuat keputusan…kalau kt rs tgungjwb terhadap kerja, tentu kita akan fokus terhadap keje bkn kpd bende2 sampingan..btul x..? hakikatnya saya pun x mampu utk fokus dr pg smpai ptg..hehe..harap bleh dpt nasihat dr kwan

  2. Betul. Masalahnya ramai yang tak dapat kawal. Bila syarikat block internet atau sesetengah website, mulalah bising cakap syarikat tak patut wat camtu dsb.

    Fokus adalah kunci utama untuk selesaikan masalah ini. Cuba buat satu kerja dalam satu masa sahaja – single tasking instead of multi-tasking

Leave a Reply

Required fields are marked *