Pakej web hosting tanpa had!

Ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia web hosting di Malaysia walaupun pakej seperti ini telah diperkenalkan di peringkat antarabangsa beberapa tahun lepas contohnya oleh hostgator.

Pakej web hosting tanpa had ~ Tiada had ‘space’, tiada had untuk ‘bandwidth’ dan tiada had sebanyak mana domain ditambah kepada akaun tersebut (ini yang terpenting).

Dulu saya mengalami masalah untuk host banyak website dengan domain yang berbeza-beza. Untuk mendapatkan hosting terpaksa membuat bayaran dalam RM80 setahun. Kalau ada 10 website bukan RM800 jadinya?

Pakej tersebut pula mempunyai had space dan bandwidth yang menyebabkan saya perlu upgrade lagi untuk menampung traffic dan content yang semakin banyak.

Jadi saya mencari penyelesaian dengan membeli reseller account (tanpa had domain) dari hosting provider luar negara. Semuanya ok sehinggalah berlakunya gempa bumi di Taiwan yang memberi impak pada line Malaysia ke luar negara.

Sehingga kini berbanding hosting luar negara dan dalam Malaysia masih terdapat perbezaan kelajuan capaian. Server hosting di Malaysia jauh lebih laju (untuk akses dalam negara).

Semua masalah ini sekarang tak timbul lagi. Web hosting provider paling tersohor di Malaysia – Exabytes telah memperkenalkan satu pakej hosting yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai banyak website.

Jika anda mempunyai (atau bercadang) banyak website, anda boleh memilih pakej hosting tanpa had ini.

Saya pun mempunyai beberapa akaun di sana termasuk business, reseller dan semi-dedicated server. Sekarang dalam perancangan untuk subscribe satu dedicated server untuk beberapa projek sedia ada dan akan datang.

Support team mereka sungguh membantu dan kurang masalah teknikal berlaku (seperti server down, hardware failure, connection issue). Ini adalah berdasarkan pengalaman saya bersama mereka selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Related Post

Categories: Internet Marketing, Technology
Tags: , , ,
5 comments

Comments (5)

  1. adakah server exabytes terletak d Malaysia juga? dgr cite,server di oversea. tambahan pula, exabytes hanyalah cawangan dr sebuah company d oversea juga .. ?

    • Exabytes adalah syarikat malaysia based in penang yang mempunyai global market juga. Server location di malaysia and u.s. Ada 2 separate website iaitu exabytes.com and exabytes.com.my yang cater 2 different market (global n malaysia). Check out the company history n founder here http://www.exabytes.com.my/about/. Tu mengikut pengetahuan saya lah. Kalau silap tolong betulkan. Terima kasih

  2. terima kasih di atas info en azwan 😀

  3. Bagaimana pula dengan cPanel? 1 akaun unlimited maknanya sharing akaun ke?

Leave a Reply

Required fields are marked *