Buat duit di internet. Lagi..

Sejak kebelakangan ni asyik dok fikir tentang buat duit di internet.

1. Sebab baru je lepas bagi talk untuk pahang tourism weekend lepas pasal blog, SEO dan jana pendapatan di internet.

2. Kena fokus kepada ‘passive income’ semula untuk bersedia untuk ‘retire’

3. Kena asah semula some skills yang dah ditinggalkan semasa buat full-time dulu

4. Kebanyakan ‘passive income’ bukan datang dari blog tetapi dari website. Blog hanya menyumbang trafik kepada website, alat meningkatkan kredibiliti dan berkongsi pengetahuan.

5. Blog tak cukup ‘auto-pilot’ dan ‘leverage’ untuk menyumbang kepada pendaptan yang berterusan (kena sentiasa menulis dan menulis. Berhenti menulis, pembaca akan berkurang)

6. Adsense masih menjadi penyumbang besar pendapatan di internet selain servis dan pengiklanan.

7. Kena mulakan semula satu sistem untuk menghasilkan ‘cash cow’ yang boleh jana pendapatan berterusan

Kesimpulan – blogging is not my way of making money online (even some people do). So I will focus on what I’m good at, improvise the system and multiply.

Forum berkenaan hartanah

Baru-baru ni saya beli dan baca buku hartanah oleh Faizul Ridzwan bertajuk WTF? 23 Property by 30. Mengisahkan seorang pelabur hartanah yang membeli puluhan hartanah dalam masa hanya beberapa tahun. Beliau berkongsi maklumat, tips dan pengalaman tentang pelaburan hartanah.

Antara tip yang paling penting dikongsikan ialah sekarang bukan lokasi saja yang penting bila bercakap tentang hartanah, tetapi yang lebih penting ialah jaringan/networking.

Jadi binalah jaringan dengan orang-orang yang mempunyai kepentingan dan minat dalam bidang hartanah. Mungkin akan berguna pada masa depan nanti. Hartanah yang saya baru beli pun dibeli dengan bantuan jaringan iaitu seorang peguam kepada pemaju.

Antara tempat untuk berjumpa dengan orang yang sama minat bolehlah ke forum/website di bawah

http://forum.lowyat.net/PropertyTalk

http://www.propertywtf.com.my/

http://thinkproperty.com.my/realestate/index/list-forums/

* boleh share di bahagian comment jika anda ada lain2 website yang berguna.

 

Amalan yang berkaitan dengan rezeki

Rezeki, pendapatan, kekayaan adalah antara perkara yang sentiasa diperkatakan. Semua orang nak senang dengan pendapatan lumayan dan rezeki yang melimpah ruah. Islam tak pernah larang umatnya untuk mengumpul kekayaan di dunia tetapi jangan lupakan bahagian di akhirat.

Malah baginda Rasulullah merupakan usahawan yang berjaya. Kebanyakan sahabat-sahabat juga merupakan hartawan, usahawan dan ikon yang disegani.

Antara amalan yang selalu dikaitkan dengan rezeki adalah seperti berikut Continue reading

Mencuba dan gagal lebih baik dari tidak mencuba langsung

Panjangnya tajuk kali ni. Itulah dia yang nak disampaikan.

“Mencuba dan gagal lebih baik dari tidak mencuba langsung”

Ramai orang takut gagal, lalu mengelak untuk mencuba dan mengambil pendekatan tidak berbuat apa-apa.

“Kalau tak cuba, tak akan gagal. Jadi baiklah tak mencuba langsung”, kata Minah yang memang malas untuk berbuat apa-apa.

Kita kena ingat tak semestinya mencuba akan gagal, mungkin percubaan membuahkan kejayaan. Kalau gagal sekalipun, ada perkara yang boleh dipelajari dari kegagalan untuk lebih berjaya akan datang.

Banyak cerita kejayaan orang terdahulu yang bermula dengan kegagalan. Contoh cerita yang popular seperti pemilik KFC iaitu Colonel Sanders dan kejayaan pencipta mentol Thomas Edison.

Jadi untuk mendapat kejayaan dan terus ke depan, buat dan cubalah sesuatu yang baru. Anda tidak akan tahu jika tidak mencuba.

Jangan jadikan kegagalan lalu menjadi penghalang kepada kejayaan kita. Anggap ia hanya sementara dan kejayaan akan diperolehi dengan belajar dari kegagalan dan terus mencuba.

Cara lipat gandakan keuntungan

Dalam perniagaan, nombor adalah penting. Untuk meraih keuntungan, kita boleh membuat kira-kira dengan formula berikut:

Leads x Conversion Rate = No. of Customers

No. of Customers x Average dollar purchase x No. of repeat business = Sales revenue

Sales revenue x Net profit margin = Net profit

Contoh pengiraan 1: Continue reading

Perkara sama perspektif berbeza

Ada sebuah gelas. Air dituangkan ke dalamnya sehingga separuh penuh. Adakah gelas itu separuh penuh? Atau separuh kosong? Kedua-duanya betul. Perkara yang sama tetapi perspektif berbeza.

Perspektif ini adalah perkara yang penting. Ia melibatkan bagaimana kita menjalani kehidupan seharian. Bila kita menghadapi masalah, adakah kita akan mengeluh kerana masalah itu menimpa kita atau kita akan rasa itu ada peluang untuk kita belajar perkara baru dan jadi lebih kuat.

Ada juga satu cerita tentang sebuah kilang kasut. Ia menghantar seorang pekerja untuk membuat kajian pasaran di India tentang potensi untuk menjual kasut di sana. Selepas beberapa hari pekerja tersebut pulang dan memberitahu mereka tiada peluang kerana semua orang di sana tidak memakai kasut. Continue reading

Kerja kosong – web developer

Iklan kerja kosong sebagai seorang web developer.

Techsense Web Sdn. Bhd is a software development company specialized in web and internet-based application. We are located in Section 17, Petaling Jaya Selangor (near UIA/UM)

We are looking for talented dedicated candidates for Junior Programmer position in our company.

Following are the requirements:-

-Diploma/degree in Computer Science/Software Engineering/ IT or equivalent

-Good knowledge in PHP programming and mysql database (at least 1 year experience in PHP and mysql)

-Strong knowledge in Software Development Life Cycle

-Basic knowledge in software testing

-Dedicated and hardworking with good working attitude

-Able to cope with tight schedules/deadlines

-Willing to learn new things

-Willingly to learn from the experience one

-Proactive

-Good communication skill

Interested candidate please apply your application to azwan at techsenseweb.com. Only shortlisted candidates will be contacted for interview session.

Kehidupan seimbang

Atau dalam bahasa Inggeris – balanced life.

Kehidupan manusia kian hari dilihat makin kian tak seimbang. Semuanya berkisar kepada kerja, pangkat, harta, materialistik, wang, keuntungan, kereta, gadget, internet, sosial, hiburan dan lain2 tarikan duniawi.

Mana pergi kehidupan beragama, jihad, dakwah, semangat kekeluargaan, kejiranan, kemasyarakatan, kerja kebajikan dan lain2 amalan untuk hadapi masa2 selepas mati?

Jangan terlalu sibuk mengejar bahagian di dunia, lupa pula untuk bekalan akhirat.

Peringatan utk diri sendiri dan kepada semua yang membaca.

Pengiraan jumlah pembayaran balik, ansuran, keuntungan bank bagi pinjaman

Adakah anda pernah buat pinjaman di bank? Jika tidak, tahniah! Hehe..

Di sini saya ingin kongsikan sikit tentang bagaimana untuk mengira jumlah bayaran balik, bayaran bulanan, keuntungan bank untuk pinjaman yang anda buat.

Formulanya ialah seperti berikut Continue reading