Saham Akhirat

Peluang untuk menambah saham akhirat.

Sumbangan pembinaan surau Ar-Raudhah di Taman Seri Bangi, Seksyen 8 BBB.

No. Akaun Maybank: 562834623089
(Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi)

Maklumat lanjut di sini
http://www.seribangi.com/arraudhah/

005 copy2

Categories: General, Money Mgmt
Leave a comment

Kenapa saya guna dropbox

Dropbox ialah satu tool untuk menyimpan file dan boleh diakses dari mana-mana komputer. Dah lama saya tahu tentang tool ini tapi akhir-akhir ini saya kerap menggunakan Dropbox.

Antara kelebihan Dropbox:

1. Semua file boleh dibuka dari mana-mana alat – PC dan smart phone

Berguna untuk membaca nota, ebook dan files penting dari PC, notebook, smart phone dan tablet. Semua files akan secara automatik di “sync” ke dalam semua device.

2. Mudah untuk copy gambar dari smart phone ke komputer

Sebelum ni, gambar yang ingin di salin ke komputer akan dihantar melalui email dari smart phone dan download di PC. Tapi sekarang cuma guna Dropbox. Automatik semua fail akan boleh dilihat di PC

4. Boleh bersama-sama update folder dan dokumen

Sebagai pelajar atau di tempat kerja, anda boleh create satu folder dan dikongsikan dengan rakan-rakan. Semua rakan-rakan boleh tambah dan update files untuk semua yang lain melihatnya.

3. Mudah untuk “share” files dengan rakan-rakan yang tiada dropbox

Dropbox ada keboleh untuk generate link untuk diberikan kepada rakan-rakan untuk akses files yang kita ingin kongsikan. Rakan kita tak perlu mempunya akaun dropbox

Download Dropbox di sini untuk mendapatkan extra 500MB free space.

Categories: Technology
Leave a comment

Matlamat. Perancangan. Tindakan

Tetapkan matlamat, buat perancangan, mulakan tindakan.

Jika salah satu dari 3 perbuatan tersebut tidak dilaksanakan, kemungkinan besar kita akan gagal.

Matlamat perlu diketahui dengan jelas sebelum melakukan sesuatu. Soalannya ialah “kenapa kita melakukan perkara ini. Apa yang kita akan perolehi di akhirnya”.

Setelah mempunyai matlamat yang jelas dan kukuh, kita perlu melakar perancangan untuk melaksanakan idea yang kita ada. Perancangan ini tidak memerlukan kertas kerja yang tebal. Cukup sekadar sedikit lakaran dan perkara penting di atas sehelai kertas.

Yang paling penting, ia mesti bertulis/dilukis. Tidak hanya bermain di dalam kotak fikiran sahaja.

Terakhir ialah tindakan. Tanpa tindakan, tiada hasil. Sebanyak mana idea dan seberapa perinci perancangan dibuat tetapi tanpa tindakan semuanya sia-sia dan tidak akan mendatangkan apa-apa.

Matlamat dan perancangan hendaklah dikongsi dengan semua yang terlibat untuk tindakan bersama. Jika seluruh pasukan tahu tentang matlamat dan perancangan barulah mereka faham apa hala tujuan dan kenapa mereka perlu melakukan tindakan yang ditugaskan.

Jadi ingat tiga perkara ini dalam melakukan apa-apa. Tanpa matlamat ia menjadi tidak bermakna, tanpa perancangan ia kebarangkalian besar gagal, tanpa tindakan ia tak akan mendatangkan hasil.

Categories: Motivation
Leave a comment

Nilai sebuah kehidupan

Setiap kali berjumpa dengan kenalan, kebanyakannya akan bertanyakan “kau buat apa sekarang?” dan jawapan kebiasaannya, “aku kerja di …”.

Kehidupan terlalu berkisar tentang pekerjaan. Manakan tidak, dari Isnin hingga Jumaat, dari 8 pagi hingga 7 malam kehidupan berkisar  dengan pekerjaan.

Saya pernah menulis ringkas tentang kehidupan seimbang sebelum ini tetapi kali ini saya ingin mengupas lebih banyak tentang nilai sebuah kehidupan.

Kita tau kehidupan bukan hanya pekerjaan, malah lebih dari itu. Mari kita lihat dari pelbagai aspek. Saya harap senarai di bawah merangkumi kesemuanya. Atau paling tidak semua yang penting.

  1. Nilai kepada agama – berapa banyak usaha kita lakukan untuk beribadah kepada Allah, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., mendermakan harta ke jalan yang diredhai, menyampaikan ilmu agama, menyeru kepada yang baik dan menegah perkara mungkar
  2. Nilai kepada keluarga – berapa banyak usaha kita untuk menziarah, menjaga kebajikan dan membantu ayah dan ibu. Berapa banyak usaha dan tindakan yang dibuat untuk membahagiakan isteri/suami. Berapa banyak masa diluangkan untuk memberi perhatian kepada anak-anak. Berapa banyak masa juga diluangkan untuk mengambil berat tentang saudara mara walaupun dengan memberi kunjungan setiap 2 atau 3 kali setahun.
  3. Nilai kepada jiran dan rakan – Berapa banyak usaha kita menghubungkan semula silaturrahim yang telah putus sekian lama. Adakah dengan update facebook menunjuk2 kecomelan anak, makanan lazat, percutian keluarga ke luar negara itu dikira sebagai menghubungkan silaturrahim?
  4. Nilai kepada masyarakat dan negara – membantu meningkatkan ekonomi, memperbaiki nilai sosial. Ia bermula dari individu dan keluarga yang membentuk masyarakat. Jadi tak perlu tunggu “orang lain” bertindak. Mulakan dengan kita dan keluarga kita.
  5. Nilai kepada diri sendiri – apa yang kita mahu dalam kehidupan ini. Ia berbalik kepada semua di atas. Untuk menjadi orang yang berguna, kita perlu memberi nilai kepada orang lain. Untuk memberi nilai kepada orang lain, kita perlu berusaha menyiapkan diri untuk belajar, berusaha dan berbakti.

Jadi bila dilihat semua di atas, adakah kita cukup bernilai? Bagaimana kita menetapkan nilai hidup kita? Adakah dengan hanya cemerlang  bekerja kita akan menjadi bernilai?

Fikirkan hala tuju sebenar hidup (tempat sementara sebelum kita mati dan dibangunkan semula). Jadi jadilah orang yang betul-betul mempunyai nilai. Mampu berbakti dan memberi kepada yang perlu. Bukan hanya pentingkan diri sendiri dan harta benda.

Wallahua’alam.

Categories: Motivation, Personal
Leave a comment

Cuti Sekolah 2013

FYR

Public holidays 2013

Categories: Uncategorized
Leave a comment

MEPS Interbank Transfer – berapa hari clear?

Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada lagi yang belum tahu tentang Interbank transfer ni.

Bila anda buat interbank transfer (transfer duit dari satu bank ke bank yang lain) melalui MEPS, berapa lama masa diambil untuk duit tersebut dapat dilihat atau dikeluarkan di bank lagi satu?

Jawapannya agak mudah.

1. transfer hari bekerja sebelum 12 tgh hari, dapat pada hari sama selepas 6 petang

2. transfer hari bekerja selepas 12 tgh hari, dapat pada hari bekerja berikutnya selepas 6 petang

3. transfer hari tidak bekerja (tak kira masa), dapat pada hari bekerja berikutnya selepas 6 petang

Ini penting jika sekiranya anda ingin membuat pembayaran balik loan atau membeli barang dan tersilap transfer pada hari Jumaat selepas 12 tgh hari dimana duit itu hanya akan clear pada hari Isnin selepas 6 petang.

Semoga bermanfaat, jika ada silap harap beritahu untuk saya betulkan.

Update: Jadual terkini untuk Interbank Funds Transfer

Categories: Business, Money Mgmt
Tags: , , ,
Leave a comment

Payment gateway di Malaysia

Jika anda ada buat perniagan internet, ada beberapa cara untuk anda dapatkan bayaran dari pelanggan.

1. Menggunakan bayaran terus ke akaun bank anda (bank transfer contoh seperti maybank2u, cash deposit machine)

2. Menggunakan payment gateway (boleh menerima kad kredit dan beberapa cara bayaran lain)

Payment gateway yang terdapat di Malaysia seperti berikut

  1. ipay88.com (daftar rm488 sekali, 4% setiap transaksi)
  2. MOLPay (sebelum ni NBePay)
  3. webcash.com.my (2% setiap transaksi)

Manakalah payment gateway popular lain adalah seperti

  1. paypal.com
  2. 2checkout.com
Buat masa ni saya mempunyai pengalaman menerima bayaran melalui ipay88 dan paypal sahaja. Yang lain masih belum cuba. Mungkin ada yang dah cuba ingin berkongsi pengalaman.

Categories: Business, Website Promotion
Tags: ,
Leave a comment

Tips membuat pembentangan

Beberapa tips penting dan ringkas untuk membuat pembentangan (presentation) atau training.

1. Ketahui latar belakang pendengar. Siapa yang akan hadir, apa yang mereka ingin dengar.

2. Pastikan matlamat pembentangan – adakah untuk membuat jualan, sekadar memberi maklumat, untuk pemahaman dsb. Pastikan matlamat ini tercapai.

3. Eye contact – Pastikan eye contact dengan setiap pendengar. Jika ramai, dapatkan 4-5 point untuk anda membuat eye contact yang boleh meliputi keseluruhan pendengar. Tentu anda tidak suka mendengar seseorang yang bercakap tetapi hanya memandang siling, dinding dan skrin bukan?

4. Senyum.  Jangan kedekut. Senyuman boleh mengurangkan tekanan semua. Dengan senyuman mungkin anda akan menerima senyuman juga dari pendengar.

5. Buat kelakar. Ini perlu dibuat berhati-hati supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Ia bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pendengar untuk berinteraksi dengan kita.

6. Gunakan “visual aid”. Gunakan segala kemudahan yang ada bagi menyampaikan apa yang anda ingin sampaikan. Slide, screen shots, white board (lukisan, tulisan, gambarajah), gambar, body language, objek dan apa sahaja. Pendengar tidak boleh “membayangkan” sebaik apa yang anda sedang bayangkan.

7. Dapatkan respon. Cara paling mudah ialah bertanya secara umum soalan yang mudah dan menyuruh pendengar respon dengan mengangkat tangan atau menjawab satu jawapan yang mudah – ya, tidak, setuju dsb.

8. Lihat respon luar sedar pendengar. Adakah mereka bosan (menguap, tidur, buat perkara lain, berbual, melihat jam, membaca mesej, facebook di telefon), tak faham (garu kepala, memandang kosong kepada anda, pandang sekitar), tidak berapa suka (berpeluk tubuh), sangat berminat (bertanya soalan, mengangguk tanda setuju, badan ke hadapan dengan penuh minat). Sentiasa alert dan bersedia untuk membuat sesuatu bila anda melihat reaksi-reaksi dari pendengar.

Begitulah beberapa tips yang boleh dipraktikkan. Bagi banyak-banyak nanti tak buat pun tak guna juga 🙂

Categories: Business
Leave a comment

The other side

Pernah tak kita terfikir tentang apa yang berlaku ‘the other side’. Hmm.. dalam BM apa yang berlaku di sebelah sana.

Contohnya, kita pernah menjadi murid, tapi pernah tak terfikir bagaimana menjadi seorang guru? Sebagai murid kita boleh cakap cikgu ni bagus cikgu tu tak best. Pernah tak kita rasa bagaimana menjadi guru. Apa pula yang murid kita komen. Adakah kita cikgu yang bagus atau cikgu yang tak bagus?

Dalam setiap perkara mesti ada the other side. Saya selalu terfikir untuk mengalami kedua-dua belah bahagian supaya kita boleh nilaikan kedua-dua bahagian secara adil kerana kita sendiri mengalaminya.

Senarainya seperti di bawah (banyak lagi jadi fikirkan sendiri)

  • pekerja ** majikan
  • murid ** cikgu
  • audience ** speaker
  • staff ** boss
  • follower ** leader
  • pembeli ** penjual
  • pembaca ** penulis
  • penyewa ** tuan punya
  • pengguna ** pencipta
  • penerima ** pemberi
  • peminjam ** pemberi pinjam
Kebanyakan kita berada hanya disatu pihak sahaja. Terfikirkah anda untuk berada dipihak yang lagi satu? Apa rasanya? Susah ke senang? Untung ke rugi? Best ke tidak?
Kesimpulan di sini, anda patut mencuba untuk berada dipihak yang lagi satu dan anda akan tahu menilai mana yang baik dan mana yang tidak dan berlaku adil dan memberi yang terbaik bila anda berada dimana-mana pihak sekalipun

Categories: Motivation
2 comments

Keyword BM yang biasa digunakan

Antara keyword yang biasa digunakan dipermulaan seperti

  • bagaimana
  • macam mana
  • cara
  • formula
  • tips
  • panduan
Cuba type keyword di atas di google dan anda akan dapat tahu apa yang biasa dicari di internet. Selepas itu, supply apa yang patut 🙂

Categories: Business, Internet Marketing, Marketing Tools
Leave a comment

← Older posts

Newer posts →