Mulakan dengan langkah pertama

Langkah pertama adalah sesuatu yang sukar namun boleh membawa perubahan yang besar.

Antara langkah pertama yang pernah saya ambil

  1. Membeli domain name yang pertama hartanah.net – July 2003
  2. Membeli hosting berbayar dengan harga RM300 setahun!
  3. Membeli web hosting reseller account
  4. Melanggan autoresponder berbayar dengan aweber
  5. Menulis artikel dan menghantarnya ke direktori artikel
  6. Mendapatkan cek pertama Adsense dan Clickbank
  7. Mendaftar dengan Google Adwords dan memulakan iklan PPC

Langkah pertama yang akan saya buat tak lama lagi ialah menganjurkan workshop ‘perniagaan internet’ yang pertama. Walaubagaimanapun ini bukan ‘workshop’ pertama yang saya pernah anjurkan.

Mungkinkah langkah pertama anda akan membawa perubahan besar dalam hidup anda? Fikirkan apa perkara yang anda ingin buat selepas ini dan lakukan secepat mungkin.

Publish laman web pertama? Mengeluarkan produk maklumat pertama? Mendapatkan jualan pertama di internet? Mendapatkan cek Google Adsense yang pertama? Mendapatkan RM1000 pertama di internet?

Apa saja yang anda lakukan, mulakan dengan langkah pertama dan teruskan dengan langkah berikutnya dengan lebih yakin. Ingat, seribu langkah bermula dengan satu langkah. Mulakan langkah pertama secepat mungkin.

Contoh terbaik ialah Google, apa saja projek yang akan dilaksanakan akan dibuat terus dengan status ‘Beta’ bermakna dalam percubaan. Mereka tidak menunggu sesuatu yang sempurna untuk bermula.

Adakah anda masih menunggu?

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Personal
13 comments

Comments (13)

  1. ya betul.. tunggu punya tunggu punya tunggu… habuk pun takde… fikir, rancang dan laksanakan cepat-cepat. barulah boleh tengok hasilnya macam mana kan..

  2. Setuju. Tak perlu tunggu lama2 laksanakan segera tanpa lenggah lagi. Makin lama tunggu makin lama tak buat.

  3. Abang zakir dah banyak melangkah…apapun menyertai Workshop Azwan sabtu ini adalah “LANGKAH PERTAMA” abang ke alam CYBER.

    Wasallam.

  4. Yes.. tak salah untuk mencuba. just go ahead.. kalau tak buat, tak tahu..

  5. Btul tu. jgn menunggu buah kelapa jatuh gugur sebaliknnya terus je panjat pokok dan petik sendiri. Mcm kata perpatah “Perjalanan beribu batu bermula pada langkah yg pertama”

  6. aku setuju semua diatas…aku tunggu streamxy dah dekat seminggu lebih semangat punya pasal nak buat laman web tapi hampesss sampai la ni..ni minggu depan pun tak tau lagi lagu mana. Last aku ambil langkah alternative 1315 lalu beroleh manfaatnya…

  7. Langkah demi langkah telah ku ambil dan hasilnya…erm sungguh menarik..terima kasih

  8. Benar, Saya yakin apa yang dikatakan semuanya dan komen rakan2 semuanya benar. Tidak perlu letak apa2 alasan. Masa yang kita ada cuma 24jam sehari dan bergantung bagaimana kita menguruskannya.
    Setakat ini ,saya masih belum sampai kemana.walaupun ade sedikit kemajuan ..Alasan..tak perlu. Walaubagaimanapun Apa jua ilmu yang saya perolehi selama ini amat berharga bagi saya dan boleh diimplementasikan dalam bidang2 yang lain juga
    Thanks to everyone esp En Azwan

  9. Pingback: Belajar ilmu internet | ahmadazwan.com

  10. huhu..xsabar nak pergi bengkel asas php/mysql..
    nk belajar

  11. Adie, bila semua dah ready kami akan announce. Jangan lupa subscribe newsletter

  12. betul tu, Mulakan langkah pertama anda, jangan sampai terlalu banyak info yang masuk di dalam kepala anda hingga anda tidak tau dimana hendak bermula.

  13. Saya pernah terbaca satu ungkapan lebih kurang begini

    “inspiration without action is just entertainment”

    kerap kali kita dengar kisah kejayaan ada panduan untuk berjaya yang berikan inspirasi tetapi jika tak ada tindakan…

Leave a Reply

Required fields are marked *