Pengiraan jumlah pembayaran balik, ansuran, keuntungan bank bagi pinjaman
Adakah anda pernah buat pinjaman di bank? Jika tidak, tahniah! Hehe..
Di sini saya ingin kongsikan sikit tentang bagaimana untuk mengira jumlah bayaran balik, bayaran bulanan, keuntungan bank untuk pinjaman yang anda buat.
Formulanya ialah seperti berikut
Jumlah bayaran balik = Jumlah pinjaman + Jumlah keuntungan bank
Jumlah bayaran balik = Jumlah pinjaman + (Jumlah pinjaman x kadar pinjaman x tempoh pinjaman)
Contohnya anda ingin meminjam RM50,000 dan dibayar semula dalam tempoh 10 tahun pada kadar 8% setahun.
Jadi pengiraannya adalah seperti berikut:
Jumlah bayaran balik = 50000 + (50000 x 0.08 x 10) = 90,000
Wah, pinjam 50,000 bayar balik 90,000. Biar betul bank ambil 40,000. Ya betul
Bagaimana pula nak kira bayaran bulanan?
Secara ringkasnya seperti berikut
Bayaran bulanan = Jumlah bayaran balik / (tempoh x 12)
Dalam contoh di atas,
Bayaran bulanan = 90000 / 120 = 750 sebulan
Harap anda faham dengan formula dan contoh pengiraan di atas. Jadi selepas ini tak perlu lagi tengok jadual pembayaran yang disediakan bank. Anda boleh kira sendiri dengan bantuan kalkulator.
Jika ingin lebih mudah, cuba gunakan loan calculator ini. Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan “Calculate!”. Anda akan dapat jawapan dalam sekelip mata
Oh sebelum lupa, pengiraan di atas hanya untuk pengiraan dengan kadar rata (flat rate) iaitu untuk pinjaman peribadi dan kereta. Rumah, OD, kad kredit dikira berdasarkan kadar harian. Agak berbeza