Mobile streamyx combo

[Nota: posting ni dah tak relevan]

mobile streamyx comboDah beberapa kali juga saya ditanya oleh kawan-kawan dan saudara-mara tentang pakej mobile streamyx combo ni. Dengan hanya tambah RM10 berbanding streamyx combo sebelum ini, anda boleh “go mobile”

Ramai yang beranggapan mobile streamyx combo ni adalah macam maxis atau celcom wireless broadband. Mana-mana pergi boleh online. Yang sedihnya ada juga ejen streamyx yang cerita macam tu.

Jadi sayalah pula kena jadi tukang betulkan balik cerita (kalau tak betul jugak tak tau lah) apa yang dimaksudkan ‘mobile’ tu ialah..

1. Anda akan dapat wireless access point di mana anda boleh online kat mana-mana dalam rumah anda

2. Anda dapat akses ke streamyx zone (dulunya dikenali sebagai hot spot). Benda ni banyak kat area KL dan bandar2 sahaja. Kat kampung tak ada ye.

Streamyx zone ni pula coverage bukan radius 50km. Ia cuma beradius lebih kurang beberatus meter sahaja. Sama macam wireless yang kita pasang kat rumah atau office.

Jadi jangan salah buat pilihan dengan menganggap mobile streamyx combo ni macam maxis atau celcom wireless. Harap penjelasan ni dapat membantu yang masih mencari-cari alternatif capaian ke internet.

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Related Post

Categories: Ads Review
Tags: , , , , , ,
2 comments

Comments (2)

  1. Kata lain klau tidak ada wireless mmg xdapat guna la mobile streamyx combo ni ye.

  2. mobile streamyx combo ni bukan wireless broadband macam maxis/celcom. Perlukan juga “land line”. Wireless untuk akses sekitar location modem je.

Leave a Reply

Required fields are marked *