Mendapatkan produk untuk dijual di internet

Adakah anda telah mula menjana pendapatan di internet? Jika belum, apa yang sedang menghalang anda daripada memulakannya?

Ramai yang mengadu tak ada produk untuk dijual online atau tak tau apa yang hendak dijual online. (Kalau nak dikira alasan ramai orang memang pandai mencipta alasan. Memang kreatif :P)

Tahukah anda cara paling mudah untuk bermula di internet ialah dengan JV (joint venture). Anda tidak mempunyai produk, jadi carilah orang yang mempunyai produk untuk anda jual di internet.

Di internet ada beberapa cara untuk anda menjual produk orang lain.

1. Affiliate program

Anda cuma ‘refer’ orang ke laman web penjual produk tersebut. Bila ada jualan anda akan mendapat komisen.

Dengan cara ini anda tak perlu ada produk, tak perlu menerima bayaran, tak perlu berurusan dengan pelanggan dsb. Anda hanya perlu memperkenalkan prospek kepada laman web penjual.

2. Resell rights

Anda membeli produk dan anda mempunyai hak menjualnya kembali mengikut terma dan syarat yang dikenakan oleh tuan punya produk.

Anda boleh menyimpan 100% daripada keuntungan yang anda perolehi.

Peringatan: Beli produk resell right yang anda rasa anda MAMPU untuk menjualnya. Jangan beli produk yang dah terlalu ramai menjualnya. Ini akan mendatangkan masalah kepada anda.

3. PLR (private label rights)

Anda membeli produk PLR kemudian anda boleh mengubahnya mengikut kehendak anda dan meletakkan nama anda sebagai pengeluar/penulis produk tersebut.

Keuntungan 100% juga menjadi milik anda.

Produk PLR popular untuk artikel, ebook dan perisian komputer.

4. JV (joint venture)

Anda kenal dengan sesiapa yang mempunyai produk unik yang masih belum dijual di internet? Hubungi mereka dan buat pakatan. Anda menjual di internet, dia akan sediakan produknya.

Salah seorang rakan saya, Tazilan ada menjual VCD panduan solat ketika sakit dengan kerjasama pihak lain.

Mudah bukan? Yang penting anda perlu memulakannya. Gagal setelah mencuba lebih baik dari tak mencuba langsung.

Atau anda nak ikut kata-kata seperti dalam file animasi “robots” – Never try, never fail 🙂

Ada lagi beberapa cara lain yang agak kurang popular yang menggunakan produk orang lain untuk meraih pendapatan di internet. Anda boleh buat carian untuk setiap cara yang dinyatakan di atas.

Promosi:

Jika anda ingin belajar cara membina laman web untuk menjual (secara hands-on) dan juga teknik pemasaran yang anda boleh gunakan. Anda boleh hadir ke workshop laman web perniagaan yang akan diadakan pada 7 April 2007 di MMU Cyberjaya.

Workshop ini ialah yang ke-6 akan diadakan dan telah ramai yang mendapat manfaat darinya. Semua peserta diberi bimbingan selepas workshop di forum tertutup dan mailing list.

Anda akan belajar bukan sekadar membina laman web malah lebih banyak dari itu. Workshop ini sesuai untuk ‘newbie’ yang mempunyai asas penggunaan komputer dan internet.

Maklumat lanjut dan pendaftaran

p.s. Harga early bird (jimat RM40) sehingga 16 Mac dan tempat duduk terhad kepada 25 orang sahaja.

[tags]perniagaan internet, peluang perniagaan, iklan produk, laman web[/tags]

3 thoughts on “Mendapatkan produk untuk dijual di internet

  1. yon

    saya ada produk kecantikan n kesihatan untuk dijual. sy jual dgn 60% dari harga saya beli. jika berminat sila hubungi sy. terima kasih

Comments are closed.