Tetapkan matlamat, buat perancangan, mulakan tindakan.
Jika salah satu dari 3 perbuatan tersebut tidak dilaksanakan, kemungkinan besar kita akan gagal.
Matlamat perlu diketahui dengan jelas sebelum melakukan sesuatu. Soalannya ialah “kenapa kita melakukan perkara ini. Apa yang kita akan perolehi di akhirnya”.
Setelah mempunyai matlamat yang jelas dan kukuh, kita perlu melakar perancangan untuk melaksanakan idea yang kita ada. Perancangan ini tidak memerlukan kertas kerja yang tebal. Cukup sekadar sedikit lakaran dan perkara penting di atas sehelai kertas.
Yang paling penting, ia mesti bertulis/dilukis. Tidak hanya bermain di dalam kotak fikiran sahaja.
Terakhir ialah tindakan. Tanpa tindakan, tiada hasil. Sebanyak mana idea dan seberapa perinci perancangan dibuat tetapi tanpa tindakan semuanya sia-sia dan tidak akan mendatangkan apa-apa.
Matlamat dan perancangan hendaklah dikongsi dengan semua yang terlibat untuk tindakan bersama. Jika seluruh pasukan tahu tentang matlamat dan perancangan barulah mereka faham apa hala tujuan dan kenapa mereka perlu melakukan tindakan yang ditugaskan.
Jadi ingat tiga perkara ini dalam melakukan apa-apa. Tanpa matlamat ia menjadi tidak bermakna, tanpa perancangan ia kebarangkalian besar gagal, tanpa tindakan ia tak akan mendatangkan hasil.