Kenapa hati jadi keras dan cara mengubatinya

Kongsi sedikit intipati kutbah jumaat sebentar tadi.

Tajuk: Kerasnya hati

Sebab-sebab hati menjadi keras:

  1. Selalu buat dosa. Setiap dosa akan hasilkan titik hitam. Lama kelamaan akan gelap seluruh hati.
  2. Terlalu banyak ketawa
  3. Makan makanan yang haram. Dari segi zat itu sendiri haram (contoh tak sembelih, daging haiwan yg haram di makan) atau sumber beli makan yang haram atau syubhah
  4. Tidak membaca Al-Quran. *Tengok facebook dan whatsapp lagi banyak dan lama dari membaca Al-Quran

Cara membaiki atau mengubati hati yang keras:

  1. Bertaubat atas dosa yang telah dilakukan
  2. Banyakkan berzikir. *Hati akan mati tanpa zikir seperti mana ikan akan mati tanpa air. Zikir adalah keperluan hati
  3. Selalu mengingati mati, menziarahi kubur, mengiringi jenazah dan menziarah orang yang sakit agar sentiasa insaf dan ingat tentang kematian
  4. Selalu menghadiri majlis ilmu
  5. Berdoa agar Allah lembutkan hati dan tidak melakukan dosa

Moga bermanfaat untuk semua kita amalkan. InsyaAllah