Kearah hidup bebas hutang

Pada bulan lepas saya start congak2 balik hutang yang ada. Lepas dah buat kira-kira, saya berazam nak settlekan semua hutang (kecuali hutang rumah) selewat-lewatnya akhir tahun depan. Kalau dapat selesaikan semua hutang, oh alangkah bahagianya hidup. Pendapatan tak lagi ‘dikongsi’ dengan bank.

Antara perkara yang dipelajari dalam proses menghabiskan hutang piutang ialah…

  1. JANGAN buat hutang baru. Kata nak bebas hutang, yang pergi berhutang lagi tu apasal? Dibolehkan jika 1. untuk beli aset 2. Jika dapat rate lebih rendah dan boleh langsaikan hutang dengan lebih cepat
  2. BERHENTI guna kad kredit. Dua dari 3 kad kredit dah dipotong. Tinggal lagi satu untuk isi minyak dan online transaction. Beli barang harian semua cash. Termasuk beli belah untuk hari raya. Memang terasa kurangnya belanja tanpa kad kredit. Setiap kali belanja dah beringat boleh belanja sekian banyak je. Sebab cash banyak tu je bawa.
  3. Kalau ada hutang kecil-kecil setakat 2-5 ribu tu. Keluarkan saving. Cantas semuanya. Jangan biarkan ia menghantui hidup anda lagi!
  4. JAUHI hypermarket. Ya mungkin barang di sana murah tapi disebabkan banyak sangat barang kat sana dan betapa bijaknya mereka memperdayakan pelanggan mereka, maka lebih banyak wang akan dihabiskan. Ada sesetengahnya tak diperlukan langsung.
  5. JAUHI kopitiam, kedai makanan segera. Sekali makan kat kopitiam boleh 2-4 kali makan di kedai biasa.
  6. TULIS apa yang dibelanjakan. Sekarang saya cuba gunakan google docs. Akan update di office/rumah dan wife akan tolong update juga. Setiap hari/minggu/bulan akan buat analisa perbelanjaan. Huu.. takut tengok.. sehari kadang-kadang senang je habis RM400-500. Dengan cara menulis ni, terasa lebih sedar bagaimana dan kemana wang tu mengalir.
  7. BERDOA banyak-banyak agar Allah permudahkan urusan kita untuk melunaskan hutang, berdoa agar akan selesailah segala hutang-hutang itu dan berdoa agar hidup tidak lagi dibebani hutang yang menyusahkan.

Begitulah antara langkah-langkah yang diambil. Harapnya dengan usaha sedikit demi sedikit ini maka akan terlangsailah segala hutang yang ada dan bolehlah saya menjalani hidup tanpa hutang dengan aman dan tenteram.

3 thoughts on “Kearah hidup bebas hutang

  1. mshuhaimi

    Kehidupan memang perlu wang, tapi wang bukab tujuan hidup tapi hidup kita perlu pada wang. Moga kita memperoleh suatu yang bermanfaat

  2. shaliza

    Apa kata kita main kutu (kut) monthly. its like a saving juga… Kekadang kita rancang nak save tapi tersasar juga… the best thing is.. mak yang kena kutip duit kutu tu… ha mesti rite on time kena byr. takut kna berleter,,, haha

Comments are closed.