Jom cuci kereta sendiri..

Dulu saya memang cukup malas nak cuci kereta sendiri. Biasanya akan hantar ke kedai dan sambil tunggu tu boleh lah minum di kedai berhampiran.

Tetapi kebelakangan ini beberapa faktor menyebabkan saya beralih kepada membasuh kereta sendiri. Antaranya ialah kereta berwarna hitam yang cepat kotor, kekerapan hujan dan juga dari pembacaan buku tentang kewangan yang menyatakan kita kena berlatih untuk tidak bergantung dengan “solution” berbayar bila menghadapi masalah. Cuba kreativiti sendiri dan ia mungkin jauh lebih baik.

Jadi jom lihat apa yang bagus kalau anda cuci kereta sendiri

1. Anda akan menghargai kereta anda lebih lagi.

Ia seolah-olah ikatan anda dengan kereta, bila anda sendiri yang mencuci, anda akan lebih menghargai harta yang anda ada. Dari sibuk fikir apa lagi yang anda belum ada.

2. Aktiviti senaman yang sihat

Berapa kalikah anda ada masa membuat aktiviti yang mengeluarkan peluh? Jogging seminggu sekali? Main futsal 2 kali sebulan? Atau..

Jadi mencuci kereta sendiri adalah satu aktiviti yang ideal. Tak mengambil masa yang panjang, boleh mengeluarkan peluh, boleh dilakukan di kawasan rumah anda saja.

3. Aktiviti bersama keluarga

Ya betul. Anak-anak anda dengan gembiranya ingin menolong anda mencuci kereta. Dengan cara ini anda membuat satu aktiviti yang dapat menguatkan ikatan seisi keluarga.

4. Jimat wang.

Purata harga cuci kereta dalam RM6 sahaja. Tetapi jika dilakukan selalu akan menambah kos. Tak kira lagi duit pergi minum2 sambil tunggu orang basuh kereta, masa menunggu, nak drive ke tempat basuh kereta dsb.

5. Membuatkan anda lebih kreatif

Setiap kali kerja dilakukan, anda semakin mahir dan berfikir lagi bagaimana untuk melakukannya lebih mudah, cepat dan menjimatkan.

Contohnya dulu sabun penuh satu baldi besar, sekarang guna baldi kecil sahaja. Menggunakan span lebih bagus dari menggunakan kain buruk (ye ke) dan sebagainya.

Mungkin ada lagi faktor lain yang saya tak terfikir dan senaraikan di sini. Kesimpulannya saya suka dengan aktiviti ini dan masih mencari lagi beberapa aktiviti “offline” yang menyihatkan dilakukan bersama keluarga..

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Money Mgmt, Personal
4 comments

Comments (4)

  1. Tajuk anda ini mengingatkan saya semula.. antara alasan saya membeli rumah teres sebab nak basuh kereta sendiri, tapi malang saya dah lupa keputusan-keputusan yang di buat. Terima kasih saya akan praktikkan.

  2. Kena cukup peralatan dan kena jadikan habit baru boleh. Perasaan malas tu mmg selalu melanda. hehehe

  3. jum main futsal!

  4. banglong, futsal tak penuhi kriteria no. 3 dan 4 la

Leave a Reply

Required fields are marked *