Dulu saya ada buat posting tentang fund availability untuk interbank fund transfer atau bila orang akan dapat duit bila kita buat interbank funds transfer (pemindahan wang berlainan bank)
Terbaru rata-rata bank mengikut jadual seperti di bawah.
1. Jika fund transfer dibuat pada hari bekerja
Masa Transfer | Masa Terima |
sebelum 5 pagi | 11 pagi |
5-8 pagi | 2 petang |
8-11 pagi | 5 petang |
11 pagi-2 petang | 8 malam |
2-5 petang | 11 malam |
selepas 5 petang | 11 pagi (hari bekerja berikutnya) |
2. Jika fund transfer dibuat pada hari tidak bekerja (cuti hujung minggu dan cuti am)
– tidak kira pukul berapa akan dapat pada pukul 11 pagi hari bekerja berikutnya.
* Jadual di atas untuk Interbank IBG transfer sahaja. Tidak terpakai untuk Instant Transfer yang akan terus dapat bila transfer tetapi kos lebih tinggi dalam 50sen ke RM2 bergantung kepada bank.
* Hari bekerja dan cuti am biasanya mengikut tetapan Wilayah Persekutuan.
Nota: Oleh kerana terlalu banyak komen bertanya tentang bila nak clear walaupun telah terang-terang dinyatakan di atas, jadi saya off comment untuk post ini. Sila cek betul2 jadual yang diberikan di atas ya. Terima kasih.
But if you do * Instant Interbank Fund Transfer * u will be charge RM 2.00 . dapat duit la tu jugak
Yep Instant fund transfer kena charge RM2. Kalau biasa 10sen saja.
Jadi tak penting bila akan clear sbb akan clear serta merta. Mungkin kena add dlm posting. TQ for point this out.
kalau ada urgency baru adviseable tu do the instant transfer. kenapa nak bazirkan betul tak.. bank is getting profit for every cent we deposited.
hihi …….
kalau transfer pkul 9 mlm ari sabtu , cimb-maybank , dpt x pada ari ahad ? nk cancel transfer bole ke ? cth pakai cimb click then transfer pada maybnk.
Hari cuti Sabtu dan Ahad tak boleh clear. Akan clear hari bekerja berikutnya. Tak boleh cancel selepas dah transfer.
Untuk semua bank ke kalau sudah transfer tak boleh cancel balik?
Setahu saya, ya semua bank tak boleh cancel semula
Tk info berguna
Sama2 🙂
Cimb ke maybank ibg transfer dbuat pada hari sabtu..bla bleh clear..hari isnin jam 11 ke.?
Ya sepatutnya
Jika transfer dari public bank ke cimb jumaat selepas jam 6 ptg.. hari aoa akan clear
Selepas 5 ptg hari bekerja, akan masuk sebelum 11 pagi hari bekerja berikutnya (Isnin)
Kalau trensfer hari sabtu pukul 10..pakai trensfer IBG…dapat hari apw bos
Kalau sabtu pukul 10, ikut rule 2. akan clear sebelum 11 pagi hari berkerja berikutnya.
Bagaimana pula dengan fund transfer untuk duit yg tersekat dalam mesin semasa nak dikeluarkan? Fund transfer dah dibuat dari akaun bsn ke akaun cimb tapi dah dekat seminggu lebih,duit belum masuk akaun cimb lagi?
Yang ni saya tak pasti. Macam mana duit tersekat tu? Boleh refer pada bank yang berkenaan. Jika transfer ATM sepatutnya rule yang sama terpakai.
soalan bonus lh
saya bank in semalam pkl 10 mlm..8/5…maybank ke cimb…tapi napa hri ni tak masuk lg
Hari ni public holiday. Pilihanraya. Akan clear pagi hari bekerja
Transper dari maybank ke cimb pada 8 haribulan 05,bila boleh dapat tu
Kalau esok cuti lg,macam mana tak masuk juga la tu
ya.. akan masuk hari bekerja berikutnya
Sy bankin hari Ahad minggu lepas CIMB ke BSN…nak cpt pyew pasal tertekan ibg plak….smpai skg duit xmasuk2….ibg ni paling lme bpew hari ada smpai seminggu x ye😩
paling lama hari bekerja berikutnya. kalau jumaat atau ada public holiday lambat akan clear. tak mungkin seminggu. cuba semak semula atau transaksi mungkin gagal.
Saya bank in from rhb to bank islam pkul 6 pagi 9/5, kenapa skrg blm masok lagi?
kan cuti panjang, sepatutnya akan masuk hari bekerja yang berikutnya – 14/5 (isnin)
Okay thankyouuu