Interbank Funds Transfer – Berapa hari clear?

Dulu saya ada buat posting tentang fund availability untuk interbank fund transfer atau bila orang akan dapat duit bila kita buat interbank funds transfer (pemindahan wang berlainan bank)

Terbaru rata-rata bank mengikut jadual seperti di bawah.

1. Jika fund transfer dibuat pada hari bekerja

Masa Transfer Masa Terima
sebelum 5 pagi  11 pagi
5-8 pagi  2 petang
8-11 pagi  5 petang
11 pagi-2 petang  8 malam
2-5 petang  11 malam
selepas 5 petang  11 pagi (hari bekerja berikutnya)

2. Jika fund transfer dibuat pada hari tidak bekerja (cuti hujung minggu dan cuti am)
– tidak kira pukul berapa akan dapat pada pukul 11 pagi hari bekerja berikutnya.

* Jadual di atas untuk Interbank IBG transfer sahaja. Tidak terpakai untuk Instant Transfer yang akan terus dapat bila transfer tetapi kos lebih tinggi dalam 50sen ke RM2 bergantung kepada bank.

* Hari bekerja dan cuti am biasanya mengikut tetapan Wilayah Persekutuan.

Nota: Oleh kerana terlalu banyak komen bertanya tentang bila nak clear walaupun telah terang-terang dinyatakan di atas, jadi saya off comment untuk post ini. Sila cek betul2 jadual yang diberikan di atas ya. Terima kasih.

29 thoughts on “Interbank Funds Transfer – Berapa hari clear?

  1. shaliza

    But if you do * Instant Interbank Fund Transfer * u will be charge RM 2.00 . dapat duit la tu jugak

  2. azwan

    Yep Instant fund transfer kena charge RM2. Kalau biasa 10sen saja.
    Jadi tak penting bila akan clear sbb akan clear serta merta. Mungkin kena add dlm posting. TQ for point this out.

  3. shaliza

    kalau ada urgency baru adviseable tu do the instant transfer. kenapa nak bazirkan betul tak.. bank is getting profit for every cent we deposited.

  4. waffa

    kalau transfer pkul 9 mlm ari sabtu , cimb-maybank , dpt x pada ari ahad ? nk cancel transfer bole ke ? cth pakai cimb click then transfer pada maybnk.

    1. azwan

      Hari cuti Sabtu dan Ahad tak boleh clear. Akan clear hari bekerja berikutnya. Tak boleh cancel selepas dah transfer.

  5. Cahaya

    Bagaimana pula dengan fund transfer untuk duit yg tersekat dalam mesin semasa nak dikeluarkan? Fund transfer dah dibuat dari akaun bsn ke akaun cimb tapi dah dekat seminggu lebih,duit belum masuk akaun cimb lagi?

    1. admin Post author

      Yang ni saya tak pasti. Macam mana duit tersekat tu? Boleh refer pada bank yang berkenaan. Jika transfer ATM sepatutnya rule yang sama terpakai.

  6. liya

    saya bank in semalam pkl 10 mlm..8/5…maybank ke cimb…tapi napa hri ni tak masuk lg

  7. Hanie

    Sy bankin hari Ahad minggu lepas CIMB ke BSN…nak cpt pyew pasal tertekan ibg plak….smpai skg duit xmasuk2….ibg ni paling lme bpew hari ada smpai seminggu x ye😩

    1. admin Post author

      paling lama hari bekerja berikutnya. kalau jumaat atau ada public holiday lambat akan clear. tak mungkin seminggu. cuba semak semula atau transaksi mungkin gagal.

    1. admin Post author

      kan cuti panjang, sepatutnya akan masuk hari bekerja yang berikutnya – 14/5 (isnin)

Comments are closed.