Danger! Information overload.

Wah dah lama saya tak menulis. Pergi bertapa sebenarnya. Hehe. Menuntut ilmu. Tapi online biz still jalan dan pada hujung minggu lepas pun masih berjalan workshop laman web perniagaan kali ke-6. Workshop ini akan diadakan lagi mungkin pada bulan Julai insyaAllah.

Mengenai tajuk posting kali ini, tahukah anda penyakit paling bahaya abad ini ialah “information overload”? Anda dihujani dengan informasi tak kira di mana anda berada.

Bila depan internet anda tak lepas dari mengunjungi blog, laman web informasi, email, iklan dsb. Di rumah ada tv, dalam kereta ada radio, jalan2 boleh baca SMS atau surf guna 3G. Surat khabar, majalah, buku, risalah iklan, billboard dan baaaanyak lagi.

Sehinggakan kebanyakan kita hanya menerima maklumat sahaja dan tak tau atau tak sempat untuk mengaplikasikan apa yang diterima. Kita akan “menjadi orang yang pandai tapi tak nampak hasil”. Ini yang sangat2 merugikan.

Buat seketika cuba jauhkan diri anda dari sumber maklumat (terutama yang tak penting dan berunsur negatif seperti tv) dan fokus pada kerja yang anda ingin lakukan dan anda akan nampak hasilnya.

Belajar tak salah, tetapi tidak mengamalkan apa yang dipelajari adalah satu kerugian besar. Maklumat akan tetap sampai. Anda cuma perlu mencari ketika perlu tetapi untuk menjalankan apa yang diterima, anda perlukan komitmen dari diri sendiri.

Just do it.

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Personal
2 comments

Comments (2)

  1. Betul tu tuan, overload ni buatkan kita makin pening. Info banyak, tapi tak tau nak buat yg mana… so, lebih baik fokus jer… btol tak.
    Haaa jgn lupa, sifu dah kena tag tu… he he.. sesekali santai… layan…

  2. ini penyakit lama sy, thn lepas. Setelah di ubati thn ni sy semakin pintar membuat pilihan yg betul. Tidak mauh overloaded lagi, terasa kepala spt mahu pecah..hehehe

Leave a Reply

Required fields are marked *