Dah hujung tahun..

Sedar tak sedar dah nak sampai penghujung tahun 2006. Dan yang lebih baik ia diakhiri dengan sambutan Hari Raya Korban yang mulia. Bolehlah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan yang telah dan akan kita lakukan.

Saya agak kurang ‘mood’ untuk menulis sejak akhir-akhir ni. Mungkin ramai pengunjung blog dan newsletter saya sedar tentang hal ini. Cuma akhir-akhir ini banyak berfikir dan merancang.

Dalam pemasaran di internet, terlalu banyak perkara-perkara yang kita akan buat berulang-ulang kali sehingga tak terlarat lagi dah nak buat.

Kerana itulah saya ambil masa untuk merancang dan menulis pelan tindakan untuk dilakukan dalam projek akan datang. Menyenaraikan beberapa laman web dan peralatan (tools) yang boleh digunakan untuk memudahkan kerja-kerja.

Disamping itu juga sibuk memikirkan tentang projek yang akan dibuat pada tahun 2007 dan tutup akaun 2006 🙂

Jadi kesimpulannya sibuk berfikir dan merancang. Saya tak ketinggalan melawat blog rakan-rakan yang lain. Hmm.. ramai juga yang agak kurang menulis akhir-akhir ni. Mungkin sebab cuti banyak, sibuk anak-anak nak masuk sekolah atau juga sedang merancang sesuatu projek rahsia (hehe..).

Sempat juga saya melihat projek Alang terbaru iaitu Ventedoy. Ia berkisar tentang pengiklanan dengan idea yang baru dan unik. Nak tau lebih lanjut bolehlah ke Ventedoy.

Memang tak dinafikan industri pengiklanan di internet memang lumayan. Google jadi top company di US pun kerana perniagaan iklan adwords dan adsense nya yang betul-betul meletup.

Akhir kata saya ingin ucapkan selamat menghayati AidilAdha dan selamat menyambut tahun baru dengan azam dan semangat baru!

2 thoughts on “Dah hujung tahun..

Comments are closed.