Cara verify kad kredit dalam Paypal

Jika anda ingin memulakan perniagaan internet, anda seharusnya biasa dengan melakukan pembayaran secara online.

Ini kerana pertama mungkin anda akan membeli barangan online dari merchant untuk produk sokongan perniagaan anda (contoh: hosting, opt-in list) dan kedua anda perlu membantu pelanggan anda membuat pembayaran kelak.

Salah satu kaedah pembayaran ialah melalui paypal. Paypal bukanlah sebuah bank tetapi sebuah syarikat yang membantu pengusaha internet mendapatkan pembayaran dengan cara mudah, cepat dan selamat.

Bagi pembeli pula, dengan menggunakan paypal, anda tak perlu lagi mengisi maklumat kad kredit setiap kali pembelian dibuat dan anda juga pasti yang syarikat yang mengendali kad kredit anda boleh dipercayai.

Anda cuma perlu mengesahkan kad kredit anda sekali sahaja dan selepas itu anda cuma gunakan username dan password untuk log in dan bayar. Sangat mudah.

Berikut ialah sedikit panduan untuk mengesahkan/verify kad kredit dalam Paypal.

paypal1

Masukkan maklumat kad kredit selengkapnya. Verify kad kredit akan membolehkan anda membayar tanpa had dan beberapa kelebihan lain.

Setelah anda confirm untuk verify. Kad anda akan dicaj sebanyak USD1.95 dan dalam transaksi kad kredit, anda akan diberi 4 digit verification code. Proses ini mengambila masa dalam 2-4 hari.

paypalverify

Dalam transaksi di atas verification code ialah 4004. Masukkan code ini dalam paypal untuk proses verify kad kredit anda selesai.

Jumlah caj USD1.95 akan dimasukkan semula ke kad kredit anda setelah proses verify kad selesai (akan ambil masa beberapa hari juga).

Sekarang anda boleh gunakan kad kredit anda untuk tujuan pembelian secara online menggunakan paypal.

Anda tak perlu “Add fund” untuk membuat bayaran. Kad kredit anda akan ditolak secara automatik jika baki dalam akaun paypal anda tidak mencukupi.

Nota: Anda mungkin perlu menghubungi pihak bank untuk ‘release’ kad anda bagi pembayaran luar negara atau dalam matawang selain RM.

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Business, Marketing Tools, Technology
Tags: ,
3 comments

Comments (3)

  1. Penerangan ni jelas. Langkah demi langkah diceritakan secara terperinci. Bagus untuk mereka yang masih cari cara-cara yang betul untuk membuka akaun Paypal. Dulu saya menghadapi masalah kerana menggunakan kad kredit kerana kadangkala kita terlupa untuk menjelaskan bayaran kredit yang kita gunakan itu. Ini menyebabkan akaun Paypal kita digantung sementara. Jadi untuk mengelak perkara ini sebaik-baiknya kita gunakan kad debit yang dikeluarkan oleh Public Bank ataupun yang terbaharu ini kad debit Maybank. Moga ia jadi makluman tambahan kepada pengguna Paypal untuk menjalankan bisnes online.

  2. kena ada kad kredit ka? kalau xdak xleh ka?

  3. nice info… thank you…

Leave a Reply

Required fields are marked *