Blog atau website?

Nak buat blog ke website? Mana satu pilihan anda? Dan kenapa?

Blog dah jadi satu trend sekarang. Semua orang ada blog dan banyak pula orang ‘claim’ yang blog boleh buat duit. Tak kisah lah dalam buku ke, ebook ke, blog, website, kawan cerita dan sebagainya.

Sebenarnya kewujudan blog dan website ni ada kekuatan/kelemahan masing-masing.

Mengikut pengalaman saya sendiri, pendapatan dari internet yang saya perolehi lebih 90% daripada website (secara terus). Bukan blog.

Mungkin anda dah banyak terbaca dan sedar tentang kelebihan blog contohnya seperti senang nak setup, mudah nak update, disukai search engine, interaksi dengan pembaca dan sebagainya.

Apa pula yang ada dengan website? Susah nak buat, komunikasi sehala, susah nak update, lama-lama outdated?

Anda boleh baca satu artikel menarik dari Site Build It (SBI) tentang blog or build tetapi anda perlu ingat SBI menjual website jadi mungkin apa yang diperkatakan agak berat sebelah (tak semua). Jadi jangan terima semua bulat-bulat.

Antara pendapat saya tentang kelebihan website ialah

  1. Nature website lebih kepada browsing. Pelawat datang dan klik links yang disediakan. Manakala blog pelawat datang dan membaca blog posting terbaru. Blogger yang bijak akan meletakkan blog posting lama yang popular di muka depan contohnya seperti problogger.net
  2. Website lebih kepada komunikasi sehala. Jika anda boleh menjual tanpa perlu pembeli anda bercakap. Kenapa tidak? Dalam website anda masih mempunyai FAQ dan juga Contact Us untuk menjawab persoalan.
  3. Website adalah statik dan semua orang tahu. Jadi orang tak harap website anda di kemaskini selalu. Tak seperti blog. Jika anda blog dan berhenti kemungkinan besar pelawat akan berkurangan secara mendadak.
  4. Bila nature website lebih kepada ‘browsing’, pelawat lebih gemar untuk klik sana dan sini dari scroll ke bawah dan keluar (blog). Ini mengurangkan ‘bounce rate’ dan jika anda buat adsense, bila pelawat banyak klik dia juga akan klik pada iklan anda (kebarangkalian tinggi).
  5. Kandungan dalam website adalah lebih teratur dengan kategori dan sub kategori manakala blog lebih kepada apa yang penulis nak tulis waktu itu (disusun mengikut tarikh dalam kategori dan tidak bersangkutan sangat antara satu sama lain)
  6. Blog akan (mungkin) memburukkan lagi sindrom terlalu banyak maklumat (yang berkualiti rendah dan tak bermanfaat) di internet kerana blogger tetap akan menulis walaupun kandungan tersebut tak perlu dan yang lebih teruk memberi kesan negatif kepada pembaca.

Pertimbangkan mana yang lebih baik untuk anda (dan orang lain yang akan terbabit). Jangan lupa baca artikel blog or build. Mungkin ia dapat memberi idea yang lebih kepada anda.

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Related Post

Categories: Business, Marketing Tools, Technology
Tags: ,
4 comments

Comments (4)

  1. Assalamualaikum Azwan. Saya singgah di sini melalui blog Tazilan. Pertama kali singgah sini hati berkata “Eh, simplenya blog ini?”

    Tapi bila terus melayarinya..”Wah! banyaknya info berguna! & praktikal”

    Salam perkenalan dari saya & selamat menyambut Ramadhan.

    Oh ya, bilamana Azwan ada kelapangan jemput singgah di blog saya & sudikanlah tulis komen. Moga bermanfaat untuk semua khususnya pada newcomer seperti saya.

    Singgah ye..

  2. Salam Fathuri. Terima kasih kerana singgah dan selamat datang. Saya dah lawati ke blog anda. Banyak info berguna. Tahniah!

  3. Assalamualaikum Azwan. Terima kasih kerana siggah di blog saya dan meninggalkan komen yang bermanfaat untuk pembaca.
    Izinkan saya masuk ke dalam “bulatan kenalan” saudara. Sebagaimana yang dimaksudkan di sini:http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/siapa-di-dalam-bulatan-kenalan-anda/

    Saya suka dengan komen Azwan. Bersahaja, ringkas dan tepat.Bilamana ada kelapangan bolehlah singgah lagi untuk memberi idea berkenaan ini (http://fathuri.com/?p=942).

    Boleh jadi Azwan sudah berjaya menyelesaikan fasa-7
    (http://fathuri.com/?page_id=430)

    Maka tentu ramai pembaca yang ingin tahu idea dari Azwan.

    Salam ceria dari saya dan selamat menyambut Ramadhan (Lusa)

    Singgah lagi ye..

    Assalamualaikum

  4. asal berinfo mantap, gua x kasih blog/websites ..

Leave a Reply

Required fields are marked *