Bercuti sambil bekerja

Baru-baru ni saya telah ke Genting bersama keluarga untuk bercuti sambil bekerja (macam lawatan sambil belajar la) sempena promosi yang ditawarkan – 3 hari 2 malam dengan breakfast dan pertunjukan Mysteria (ala magic show)

Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan (cuma RM48.88×2) dan orang pula tak ramai. Puas anak saya bermain semua mainan dalam theme park sampai taknak balik. (Saya pun join sekali dapat tiket free sempena birthday)

theme park genting

(pemandangan theme park dari bilik tingkat 13. Klik untuk besarkan)

Ok bukan nak cerita tentang show Mysteria atau theme park tapi tentang perniagaan dan pendapatan di internet.

Di sana saya masih lagi menjalankan aktiviti di internet seperti membalas email, menyemak pesanan dan bayaran dsb menggunakan notebook dengan sambungan internet menggunakan 3G (kat sana maxis 3G tak cover)

DSC00050.jpg

(Buat kerja sambil mengadap tingkap dengan theme park view. Ok jugak sekali-sekala ubah angin. Asyik ngadap white board je kat home office)

Disamping bercuti, saya sempat juga untuk mengkaji, membuat pelan dan menetapkan sasaran sehingga berakhirnya tahun 2006 ini. Beberapa perubahan dan tindakan akan diambil untuk terus maju.

Adakah anda juga telah menetapkan sasaran? Jika belum, lakukan sekarang. Tetapkan sasaran dan sediakan pelan tindakan untuk mencapainya.

Dalam bercuti ni baru terasa yang pendapatan pasif di internet sangat-sangat istimewa. Apa yang saya maksudkan ialah Google Adsense dan juga Affiliate programs. Pendapatan anda berjalan walaupun anda sedang bercuti!

Tiada panggilan telefon untuk dijawab, tiada email untuk dibalas. Tetapi ada habuan dari penjualan atau klik. Semuanya dilakukan oleh pihak ke-3 iaitu Google atau Merchant.

Jadi cuba pelbagaikan sumber pendapatan anda di internet dan beri lebih tumpuan untuk menjana pendapatan secara pasif di internet.

Selamat berjaya.

4 thoughts on “Bercuti sambil bekerja

  1. azwan

    Mmg best kat sana. Suasana sejuk dan dapat pemandangan yg berbeza. Banyak lampu n mainan budak2 suka..

    Azhar, saya guna maxis 3G unlimited RM120 sebulan. Nanti saya akan post sikit pasal 3G

Comments are closed.