Belajar menaip dengan pantas

20770363861_e5d376bfae_n

Boleh dikatakan semua di pejabat sekarang memerlukan pekerja menggunakan komputer. Bukan setakat kerja sahaja. Kita juga menggunakan komputer untuk hal peribadi seperti melakukan transaksi bank, menulis email, membeli-belah online dan sebagainya.

Satu skil yang diperlukan ialah menaip dengan laju menggunakan kesemua sepuluh jari! Kelajuan menaip diukur menggunakan wpm (words per minute) atau berapa perkataan kita boleh taip dalam masa seminit.

Belajar menaip sama seperti belajar lain2 skil. Tak kira belajar berenang, belajar memasak dan lain2. Kita bermula dengan yang mudah. Memahirkan apa yang dipelajari dan meneruskan dengan pelajaran yang lebih sukar.

Saya telah belajar menaip pada tahun 1995 selepas SPM atas saranan emak saya ketika itu. Belajari menaip menggunakan mesin taip (typewriter) ketika tu. Dah la yang ke kelas tu saya sorang je. Tapi Alhamdulillah ia sangat berguna sehingga kini dengan tugas saya yang boleh dikatakan sepenuh masa mengadap komputer dan menggunakan keyboard.

Baru-baru ini saya menjumpai satu laman web untuk mudah belajar menaip. Antara perkara menarik dalam laman web belajar menaip tersebut ialah:

  1. Ia percuma. Tiada yang lebih baik 🙂
  2. Jika ada anak, setiap anak boleh daftar akaun berasingan untuk pantau perkembangan
  3. Pelajaran yang tersusun dari mudah kepada yang lebih sukar. Langkah demi langkah
  4. Jika anda mempunyai ramai anak atau ingin membuat kelas. Daftar sebagai ‘teacher’ dan lihat progres semua anak dengan mudah
  5. Terdapat penialaian yang boleh dibuat di akhir pembelajaran untuk mengetahui tahap penguasaan
  6. Sijil dikeluarkan dan boleh disahkan di laman web mereka. Jadi ia boleh digunakan untuk tambah portfolio 🙂

Boleh cuba daftar sekarang percuma di typing.com

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Technology
Tags: , , , , ,
Leave a comment

Leave a Reply

Required fields are marked *