Badware – lagi satu masalah!

Baru-baru ni google dan stopBadWare memerangi website yang telah di “hacked” dan didapati mempunyai “badware” yang boleh menggugat keselamatan komputer pengguna.

Google telah meletakkan satu label “This site may harm your computer.” di bawah nama laman web di laman keputusan carian.

Jika anda klik pada link laman web tersebut ia akan pergi ke satu laman sementara google yang memberi amaran sekali lagi tentang laman web tersebut.

Kebanyakan laman web yang ‘terkena’ ialah yang menggunakan operating system Microsoft Windows. Antara beberapa laman web yang menerangkan secara terperinci tentang perkara ini ialah

Yang tak bestnya satu website saya pun terkena dengan penyakit ni. Tak tau pula setakat ni ada tak hosting yang guna OS linux terkena jugak. Tak taulah kenapa ada orang yang sibuk nak buat benda2 yang menyusahkan orang macam ni.

Satu hosting popular ipowerweb disenaraikan yang paling teruk dijangkiti dengan penyakit ni. Rujuk laman web stopbadware.org

*sigh*

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Google
1 comment

One Comment

  1. haha… macam2 hal, inilah masalahnya tatkala ada yang suka menyusahkan orang lain, memang tak senang duduk. dari segi menjahnamkan hak orang lain dan jugak mengambil keuntungan yang berlipat2 dengan cara yang salah…

    “buat benda yang anda minat dan anda akan menghasilkan pendapatan secara tak langsung”.

    itulah cara mereka yang suka susahkan orang. minat mereka condong ke arah nak menjahnamkan dan menyusahkan orang. itulah rutin kehidupan mereka.

    susah hati tengok orang lain senang,
    senang hati tengok orang lain susah.

    psst… tupperware takder ker?

Leave a Reply

Required fields are marked *