Apa yang kita tertinggal?

Semalam saya pergi ke rumah ibu bapa saya. Mereka baru pulang dari kenduri di Pulau Pinang. Sempat menziarahi balu seorang rakan baik mereka yang baru meninggal dunia (al-fatihah buat Allahyarham).

Saya bersama isteri mendengar kisah lalu tentang bagaimana mereka mengenali Allahyarham. Bagaimana mereka lost contact dan berjumpa semula beberapa kali. Susah-senang yang dikongsi bersama. Macam-macam lagi yang diceritakan secara terperinci oleh ibu saya.

Bila mendengar kisah ini saya terfikir balik, boleh ke saya ceritakan kisah sebegini pada anak-anak atau cucu-cucu nanti jika dipanjangkan umur? Adakah saya mempunyai cerita sedemikian? Atau adakah saya akan ceritakan tentang facebook update? Blog posting? Email archive? Semuanya saya rasa kurang ter ‘kesan’ kepada hidup ni.

Lebih-lebih lagi kehidupan sekarang terlalu berkisar tentang kerja, kerjaya, wang, kebendaan, hiburan dan seumpama. Semua orang terlalu sibuk dan tak punyai masa untuk orang lain.

Kini ia diganti kehidupan maya melalui email, facebook, twitter, blog. Saya bukanlah anti-teknologi tetapi saya rindukan masa-masa lampau di mana perhubungan persahabatan dan persaudaraan itu lebih dari facebook dan email.

Bagaimana pula pendapatan anda?

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Personal
Tags:
4 comments

Comments (4)

  1. Manusia semakin sibuk, teknologi mengganti belaian insan.

    Kita ditugaskan mentadbir dunia zaman sekarang.

    Tugas kita sebagai khalifah dah tak sama dengan generasi 50 tahun lepas. Hidup perlu diteruskan untuk menjaga dunia ini sebelum kita lepaskan kepada anak2 atau cucu kita nanti

  2. Salam. Pertama kali jengah ke blog ini. Post yang menarik untuk saya reply.
    Pada pendapat saya, facebook, twitter dan lain2 tu kita jadikan ia sebagai tools untuk memudahkan komunikasi.

    Mungkin pada masa depan, kita akan katakan pada anak kita, “Abi jumpa ummi dekat facebook”. Atau, “Kitaorang dulu, kawan sejak di bangku facebook lagi”.

    Hurm , bunyi macam pelik, tapi mungkin tidak pelik di kemudian hari.

    – memandang perkara dari sudut positif tanpa mengambil mudah sisi-sisi negatif

  3. Salam. Terima kasih atas pandangan anda semua. Topik ni dibincangkan juga dalam fb saya 🙂

    Thanx Nawfal for the link. Interesting..

    Memang lebih kepada quantity atau quality. Kita tahu update lebih ramai kawan2 kita tapi on surface sahaja. Kalau tanya siapa kawan baik kita sekarang? Hmm.. maybe kena fikir dulu nak jawab sbb entah2 tak ada pun kawan baik. kawan facebook ada lah..

    Yep kena see on positive side jugak. Apa-apa pun yang baik dari masa lepas mungkin kita kena kekalkan. Kalau tak semua, sebahagian pun cukup baik.

Leave a Reply

Required fields are marked *