Amalan yang berkaitan dengan rezeki

Rezeki, pendapatan, kekayaan adalah antara perkara yang sentiasa diperkatakan. Semua orang nak senang dengan pendapatan lumayan dan rezeki yang melimpah ruah. Islam tak pernah larang umatnya untuk mengumpul kekayaan di dunia tetapi jangan lupakan bahagian di akhirat.

Malah baginda Rasulullah merupakan usahawan yang berjaya. Kebanyakan sahabat-sahabat juga merupakan hartawan, usahawan dan ikon yang disegani.

Antara amalan yang selalu dikaitkan dengan rezeki adalah seperti berikut

1. Solat sunat dhuha

2. Mengeratkan silaturrahim

3. Meraikan tetamu

4. Berbakti dan mendapat redha daripada kedua ibubapa

5. Membaca surah Al-Waqiah

6. Berdoa dan melakukan solat hajat

7. Menjalankan aktiviti di awal pagi

8. Bertaubat, berzikir dan sentiasa mencari redha Allah

9. Berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakal

10. Membantu orang dalam kesusahan

11. Menderma, menginfak, berzakat

12. Mengasihi anak yatim

13. Memberi makan orang miskin

14. Menunaikan hajat bagi orang yang berhajat

15. Bekerja bersungguh-sungguh dan menganggap ia sebagai ibadah

16. Mempelajari ilmu, mengajar ilmu dan mengamalkan ilmu

Islam sangat menggalakkan melakukan perkara kebaikan dan memperoleh balasan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah murah rezeki, kebahagiaan hidup, ketenangan jiwa dan lain-lain

 

1 thought on “Amalan yang berkaitan dengan rezeki

Comments are closed.