Menyebarkan kebencian, fitnah dan keburukan

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni saya terlalu terdedah dengan berita dari media. Sebelum ni memang sangat jarang menonton tv dan membaca akhbar. Mungkin kerana terdapat banyak lagi media alternatif dan faktor keliling yang terpengaruh dengan media.

Kenapa saya tak suka tengok tv (terutama berita) dan membaca akhbar ialah kerana 90% berita yang disampaikan adalah negatif. Bukan setakat tu, bila login ke facebook juga terdapat perkara negatif yang dikeluh kesahkan oleh pengguna fb. Dalam blog pun sibuk komplen sana sini. Twitter pun tak habis-habis update pasal perkara yang tak berfaedah.

Untuk mengimbangi sogokan berita negatif yang semakin banyak, saya banyak menghabiskan masa menulis, membaca, membuat program, bekerja dan menghabiskan masa bersama keluarga. Sedikit-sebanyak masa yang diluangkan lebih berfaedah dari menonton, melihat, membaca berita dan cerita lain.

Saya sangat gembira bila ada segelintir rakan-rakan fb dan blogger yang menulis perkara yang positif dan berkisar tentang kebaikan. Sedikit sebanyak ia dapat membantu usaha mengimbangi lambakan cerita berunsur negatif yang disampaikan oleh kebanyakan media dan individu perseorangan.

Ada orang mengatakan kita perlu menyampaikan juga berita negatif sebagai pengajaran dan sempadan tetapi setakat mana penghayatan dan kesedaran itu sampai di pihak penerima? Setakat mana berita tentang pembuangan bayi, pembunuhan, rogol, kegiatan maksiat, lumba haram, hiburan tak henti, perbalahan politik dsb dapat memberi kita pengajaran?

Adalah lebih baik bercakap tentang perkara positif yang tak disentuh oleh media berpengaruh contohnya tentang akhlak, ibadah, tauhid, keagamaan, pengurusan kewangan, kejayaan, kekeluargaan, pembinaan keluarga bahagia, pendidikan anak-anak, motivasi diri, kisah teladan positif dan banyak lagi.

Jadi di zaman yang serba canggih ni, anda yang membuat pilihan. Ingin berada di pihak mana. Dan ingin meneruskan usaha menyampaikan cerita yang bagaimana. Alangkah baiknya jika lebih ramai yang bercerita dan menyampaikan tentang kebaikan kepada lebih ramai orang.. I wish

7 thoughts on “Menyebarkan kebencian, fitnah dan keburukan

  1. noorizam sabran

    Salam,

    Saya setuju sangat pendapat tuan, terlalu banyak perkara yang tidak berfaedah di laman sosial ni. Mungkin disebabkan budaya dari dalam diri.

    Minta dijauhkan daripada diri kita. Fokus pada kebaikan dan cuba tidak terlibat dengan anasir negatif ini.InsyaAllah, perkara yang baik kita kongsikan, baik juga kita akan perolehi 🙂

  2. Mona

    Saya memang selalu kata yg Malaysians ni “generous with complains but kedekut with compliments”. Tak pernah dengar agaknya tentang “law of attraction”. Lepas tu complain pasal hidup susah.. walhal salah sendiri..

    Kita tak boleh salahkan media.. coz they just supply what was demanded 😉

  3. dinsblog

    saya setuju sangat tajuk nie…banyak fitnah sana-sini…yg sedih yg tak tau asal-usul cerita pun buat mcm tau…sebar sana-sini…

    baik kita cermin diri…berfikir secara positif…baiki kekurangan diri..pada masa yg sama pimpim org yg terdekat dgn kita kearah kebaikan…mudah-mudahan sesama kita dapat keberkatan hidup.

Comments are closed.