5 Tips Tingkatkan Adsense CTR

Hari ni nak kongsikan tips tentang Adsense. Ada beberapa website saya yang ada traffic tapi tak banyak CTR. Jadi saya lakukan beberapa perkara untuk meningkatkan kadar CTR. Ada yang menjadi dan ada yang tidak. Di sini saya nak kongsikan 5 tips untuk meningkatkan CTR Adsense anda.

Untuk yang baru CTR (click through rate) ialah kadar berapa klik berbanding jumlah iklan dipaparkan. Contohnya jika dalam 1000 kali iklan dipaparkan anda mendapat 10 klik. Jadi CTR ialah 1%

Berapakah purata CTR anda? 2% atau 20%?

Berikut ialah beberapa tips yang anda boleh praktikkan untuk meningkatkan lagi CTR bagi iklan Adsense yang anda paparkan.

1. Guna website instead of blog

Blog sangat bagus untuk menarik trafik tetapi mungkin agak kurang bagus untuk hasilkan CTR yang tinggi. Kebanyakan orang pergi ke blog lebih kepada untuk membaca dan biasanya baca mukasurat pertama saja.

Lagi satu sekarang dah terlalu ramai guna RSS reader untuk membaca blog tanpa perlu berkunjung ke blog tersebut.

Tak seperti laman web yang biasanya orang akan masuk klik sana dan sini

2. Letak iklan berhampiran link

Letak iklan adsense berhampiran dengan link. Ini untuk memberi pilihan kepada pelawat memilih apa yang hendak di klik. Mungkin ia tidak mahu klik pada link biasa dan mahu pergi ke link alternatif (adsense).

Letak iklan adsense betul2 di bawah atau di atas link2 lain di laman web anda.

3. Dapatkan adsense yang tepat/highly related

Iklan adsense yang tepat akan mempengaruhi pelawat untuk klik. Bayangkan anda sedang membaca tentang “panduan membeli rumah” dan iklan yang keluar ialah tentang panduan membeli rumah!

Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Hehe. Baca posting tentang iklan adsense yang tepat

4. Link perlulah berwarna biru

Saya dah cuba pelbagai jenis warna tetapi yang paling berkesan ialah background putih dengan link biru. Link biru dengan garis di bawah terlalu sinonim dengan link dan orang sedia umum yang ia boleh diklik.

5. Iklan di sebelah kanan (dekat dengan scroll bar)

Jangan letakkan iklan Adsense jauh dari mouse cursor pelawat anda. Semakin dekat iklan anda dengan mouse cursor, semakin tinggi kebarangkalian untuk mereka klik pada iklan.

Caranya letakkan iklan yang tinggi di sebelah kanan berhampiran dengan scroll bar.

Itu antara tips yang saya boleh kongsikan. Terdapat banyak lagi tips lain yang anda boleh cuba tetapi tak semua tips berguna untuk penulis akan menjadi untuk anda juga.

Jadi kenalah cuba try test dan tengok hasilnya. Tak cuba macam mana nak tau.
Untuk yang baru nak bermula dengan adsense, saya recommend anda membaca ebook Adsense oleh Sham (BM). Anda juga boleh baca ulasan ebook tersebut.

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Adsense
2 comments

Comments (2)

  1. hello , ni akaun adsense ni leh pakai kat byk blog kerr? tq

  2. satu adsense account boleh guna untuk banyak website

Leave a Reply

Required fields are marked *