5 tips menulis di internet

Dah makin ramai orang berminat untuk menulis blog dan menghasilkan artikel di internet. Ini terbukti dengan wujudnya banyak blog yang ditulis oleh orang Malaysia mengenai pelbagai topik.

Penulisan di internet (sama ada artikel, blog atau e-book) mempunyai beberapa perbezaan dengan penulisan buku. Jadi jangan menulis seolah-olah anda mengarang buku. Nanti jadi buku teks pulak. hehe

Di sini ada 5 tips yang penting untuk anda menulis di internet bagi memudahkan pelawat membaca penulisan anda.

  1. Letakkan tajuk yang memikat hati pembaca. Tajuk dengan nombor contohnya “5 tips menulis di internet” atau “10 teknik hebat melariskan jualan anda” merupakan sesuatu yang disukai kerana pembaca tahu yang dia akan mendapat sekian banyak tips.
  2. Gunakan ‘bullet’ dan ‘numbering’ untuk isi penting. Ada sesetengah orang tak ada masa nak baca artikel yang panjang terutamanya di internet sebab ada banyak lagi blog lain dia nak baca 🙂
  3. Banyakkan ‘white space’ atau ruangan antara tulisan. Hadkan perenggan anda kepada 2-4 baris sahaja. Ada sesetengah penulis menulis tanpa perenggan! Kesian pembaca tak boleh nak ‘break’
  4. Pastikan artikel anda ringkas dan ‘straight to the point’. Artikel yang panjang berjela agak kurang digemari. Kalau terlalu panjang, cuba pecahkan kepada beberapa artikel pendek.
  5. Penulisan anda perlulah sebaik-baiknya memberi manfaat kepada pembaca kerana setiap pelawat yang datang inginkan sesuatu daripada anda. Sama ada nak hilangkan bosan, nak dapatkan tips, nak dapatkan idea, nak dapatkan barang percuma dsb.

Di atas cuma beberapa tips untuk anda tetapi terdapat banyak lagi tips lain yang anda boleh cari di internet. Selamat menulis. Kejayaan di internet ialah melalui penulisan. Tulis tulis dan terus menulis. Eh.. tulis ke taip?

Masukkan email anda untuk pengumuman posting baru. Tiada posting baru, tiada email akan dihantar 🙂

Delivered by FeedBurner

Categories: Internet Marketing
7 comments

Comments (7)

  1. Betul tu…. kalau boleh hari2 kasi bonus apa2 ke yg menarik… lagi ramai org datang.

  2. ramai yang nak menulis tapi tak tahu macamana nak mula. ramai juga yang nak buat ebook tapi takde guide.

    kalau suka masukkan image atau graphic, karang jadi berat pulak,, payah user nak download.. berpada2 letak image. Kadang2 main typo saja pun sudah mencukupi.. yang penting jelas dan mudah dibaca dan difahami.

    Thanks Azwan.
    Bagus tips ni.. ada terbaca kat blog gobala pasal menulis ebook, bagus juga tu.

  3. memang best tip nih.. memang saya sukaa… 😉

  4. Yang penting penulisan harus jujur.

  5. Ada pernah terbaca dulu di SiteBuildIt punya website. Kita diminta sesuaikan penulisan dengan audience kita. Kalau kita ni mcm Dr House kat AXN tu maka kenalah up sikit level dia, byk jargons and maybe higher english. For the rest of the people di sarankan guna Grade 4 kalau tak salah. Mungkin macam Tkt 1 kat Malaysia. Ini utk memudahkan audiences membacanya. Kalau ringan2 lagi baik. Sebab manusia byk suka yang ringan. Filem2 yang ringan pun lebih dpt sambutan drp yang berat2 nak kena fikir banyak2.

  6. Cantik lah,

    Tak payah nak perah otak jadi penulis terbaik Malaysia.

    Kalau konsisten lama-lama apa yang nak di tulis dah ada kat ujung jari. Tunggu dia turun je.

    Bebanan sekarang kan jadi hobi hari esok!

  7. Pingback: Menulis di internet « Panduan pers dan media untuk lembaga dakwah

Leave a Reply

Required fields are marked *