Monthly Archives: June 2010

Pembunuh produktiviti!

Boleh dikatakan semua orang yang bekerja pejabat sekarang duduk di hadapan komputer untuk bekerja. Komputer sekarang dengan kuasa internet telah menjadi satu alat yang sangat berguna.

Tak kurang juga menjadi alat yang membunuh produktiviti pekerja atau sesiapa saja yang menghadap komputer. Ia menyebabkan banyak gangguan dan hilang tumpuan semasa sedang membuat sesuatu kerja.

Antara aplikasi internet yang selalu dianggap pembunuh produktiviti ialah Continue reading

Jom cuci kereta sendiri..

Dulu saya memang cukup malas nak cuci kereta sendiri. Biasanya akan hantar ke kedai dan sambil tunggu tu boleh lah minum di kedai berhampiran.

Tetapi kebelakangan ini beberapa faktor menyebabkan saya beralih kepada membasuh kereta sendiri. Antaranya ialah kereta berwarna hitam yang cepat kotor, kekerapan hujan dan juga dari pembacaan buku tentang kewangan yang menyatakan kita kena berlatih untuk tidak bergantung dengan “solution” berbayar bila menghadapi masalah. Cuba kreativiti sendiri dan ia mungkin jauh lebih baik.

Jadi jom lihat apa yang bagus kalau anda cuci kereta sendiri Continue reading

Dah hampir setengah tahun!

Ya memang betul. Dah hampir setengah tahun blog ni tak di update. Saya telah dengan jayanya menganak tirikan blog ini. Kesian dia 🙂

Selama saya tak update blog ini, saya masih lagi berkongsi ilmu melalui medium lain.

Sempena menyambut ulangtahun perkahwinan saya yang ke-7 hari ni (peh dah 7 tahun rupanya kawen dan dianugerahkan 4 cahaya mata Alhamdulillah), harap diberi kekuatan untuk saya terus berkongsi ilmu pengetahuan untuk manfaat ramai.

Kebanyakan perkongsian saya berkisar tentang internet, perniagaan dan kewangan. Anda juga boleh subscribe mailing list saya di pendapatantambahan.com. Semoga mendapat manfaat.