Multiple streams of internet income
August 30, 2006
Internet slow ni teruja pulak nak menulis sebab nak surf slow sangat.
Kalau kita tengok-tengok ‘income statement’ kita. Berapa punca pendapatan dan berapa pula punca menghabiskan pendapatan.
Rata-rata orang yang makan gaji mempunyai SATU punca pendapatan BESAR dan mungkin ada sedikit sumber pendapatan lain terutamanya dari pelaburan.
Dan tak dinafikan sumber untuk kita menyalurkan pendapatan kita tu memang cukup banyak. Loan kereta, sewa rumah, supermarket, kad kredit, stesen minyak, TNB, celcom dan list ni boleh berterusan sampai esok pagi.
Ok, tentu ramai dah pernah dengar tentang Multiple Streams of Income. Tahukah anda di internet anda mempunyai potensi yang LEBIH besar untuk mendapatkan pelbagai sumber pendapatan?
Di sini ada satu illustrasi pendapatan di internet dari pelbagai sumber (dan ini memang dilakukan oleh ramai pengusaha perniagaan/pemasaran di internet)
- Anda membina website dan menjalankan program Adsense dan mendapat RM500 sebulan
- Anda menyertai program affiliate untuk menjual produk. Anda mendapat purata RM100 sebulan untuk 5 affiliate program yang anda sertai membawa jumlah RM500 sebulan
- Anda menjual produk anda di internet dan mendapat keuntungan RM500 sebulan
- Anda menyediakan perkhidmatan anda kepada pengguna internet dan mendapat keuntungan 500 sebulan
- Anda memasarkan produk dan perkhidmatan orang lain sebagai ejen dan mendapat komisen RM500 sebulan
Berapa yang anda boleh dapat sebulan? Illustrasi di atas cuma untuk memberi gambaran sahaja. Anda boleh dapat lebih banyak (atau lebih sikit) dari illustrasi di atas mengikut usaha anda sendiri.
Berita yang lebih menggembirakan ialah anda boleh melakukan hampir kesemuanya secara serentak! Ini semua dapat dilakukan dengan bantuan internet. Yang penting anda bijak menggunakannya..
Adakah anda telah menghidupkan semua jentera untuk pendapatan anda di internet? Kalau belum, bila lagi?
Posted in 



September 5th, 2006 at 1:24 am
ya, saya pun berimpikan dapat buat semuanya secara serentak. Masih banyak benda yang perlu dipelajari
September 12th, 2006 at 8:59 am
Jalankan serentak.. komitmen penting dalam memastikan apa yang anda lakukan berjaya..
September 20th, 2006 at 10:52 pm
Yup.. Komitmen begitu penting.. Servis kena bagus..
October 13th, 2006 at 3:40 am
sangat berminat…tp masih baru dalam bidang ni dan perlu byk tunjuk ajar..