Web hosting mana yang bagus?

Dah terlanjur cakap web hosting. Mungkin ramai yang tertanya-tanya web hosting provider mana yang bagus?

Ada beberapa criteria untuk pilih web hosting dan yang paling penting ialah berdasarkan keperluan anda sendiri.

  1. Apakah tujuan anda membeli web hosting - untuk letak website yang simple? forum? email? blog yang akan anda update dengan gambar setiap hari?
  2. Boleh tak kalau hosting down sehari? Atau kalau down sehari anda kena marah oleh customer anda (kalau ada)
  3. Adakah anda akan gunakan advanced feature dalam web hosting anda? Contohnya ruby on rails, setting php.ini, apache etc.

Kalau anda baru bermula dan tak tau apa-apa, boleh mulakan dengan yang paling murah (sekitar RM10-RM50 setahun). Dari sini anda boleh belajar menggunakan standard features yang ada.

Kalau anda seorang yang mahir dan advanced, pilihlah yang mempunyai support yang bagus dan memberikan banyak pilihan advanced features. Yang ni saya sangat syorkan exabytes mengikut pengalaman sendiri.

Rujuk web hosting directory dan pilih kesesuaian anda. Jika perlu, hubungi web hosting provider tersebut untuk bertanya soalan sebelum beli. Dengan cara ini anda juga dapat tahu bagaimana mereka handle pertanyaan dari pelanggan.

Terima kasih kerana datang melawat. Jangan lupa untuk subscribe RSS feed saya untuk tidak ketinggalan post akan datang :)

Pakej web hosting tanpa had!

Ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia web hosting di Malaysia walaupun pakej seperti ini telah diperkenalkan di peringkat antarabangsa beberapa tahun lepas contohnya oleh hostgator.

Pakej web hosting tanpa had ~ Tiada had ’space’, tiada had untuk ‘bandwidth’ dan tiada had sebanyak mana domain ditambah kepada akaun tersebut (ini yang terpenting).

Dulu saya mengalami masalah untuk host banyak website dengan domain yang berbeza-beza. Untuk mendapatkan hosting terpaksa membuat bayaran dalam RM80 setahun. Kalau ada 10 website bukan RM800 jadinya? Continue reading ‘Pakej web hosting tanpa had!’

Kisah katak dalam kolam

Cerita ni saya dapat dari seorang kawan lama. Mungkin boleh jadi pengajaran pada anda.

Pada zaman dahulu, ada seekor katak yang tinggal dalam kolam yang besar dan cantik. Setiap hari katak ini akan menjerit “Ownk, ownk”. Dia tidak henti-henti menjerit dan berkomunikasi dengan katak-katak lain yang berada dalam kolam besar tersebut.

frogSetelah sekian lama katak ni menjerit, dia mula berfikir.. “Ada orang lain dengar ke aku dok menjerit ni? Adakah usaha aku selama ni sia-sia je? Atau memberikan kesan yang sangat sikit pada komuniti katak dan haiwan lain di sini?”

Setelah berfikir panjang, katak tersebut mengambil keputusan untuk berhijrah ke kolam lain. Dia pun mulalah berjalan dan melompat, berjalan dan melompat sampailah ia ke sebuah kolam kecil yang cantik dan jernih airnya.

Di kolam tersebut, terdapat komuniti katak yang sedikit dan sangat mesra alam. Maka katak tersebut sekali lagi membuat keputusan (katak pun pandai buat keputusan dengan cepat) untuk menetap di kolam tersebut.

Di kolam baru itu, katak ini pun mulalah berkomunikasi seperti dulu “ownk, ownk” tetapi kali ini apa yang diperkatakan oleh katak ini didengari dan dihargai oleh setiap komuniti dalam kolam tersebut.

Malah kehadiran katak tersebut telah memberi impak maksima kepada komuniti di situ. Apa yang diperkatakan sentiasa didengari. Idea bernas yang dikeluarkan juga sangat dihargai.

Maka katak tersebut kini berpuas hati kerana dalam kolam kecil itu kini dia lebih berharga dan dapat memberi impak maksima kepada warga lain dari duduk di kolam yang berprestij dan besar tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Moral dari cerita ini. Adakah anda sekarang berada disituasi kolam besar atau kolam kecil? Adakah apa yang anda katakan didengari dan adakah anda memberi sumbangan kepada komuniti anda?

Nota: Dalam cerita katak ini tiada katak atau haiwan lain yang tercedera atau mati. Tak seekor pun katak atau haiwan lain dalam cerita ini yang ada kena mengena dengan katak (atau manusia atau haiwan lain) yang hidup atau yang mati.

Kalau saya tak blog, saya micro blog..

twitterBanyak perkara yang ingin kongsikan dengan pembaca, cuma saya tak ada masa untuk duduk meluangkan masa dan mengarang dengan panjang lebar tentang sesuatu perkara.

Terima kasih kepada twitter kerana menyelamatkan keadaan. Sekarang saya boleh micro blog banyak kali sehari dan banyak yang saya boleh kongsikan dengan anda semua.

Join twitter.com dan jangan lupa ‘follow’ saya di twitter.com/azwans. Twitter updates saya juga telah dimasukkan dalam blog ini dibahagian kanan paling atas untuk anda lihat tentang penemuan dan perkongsian terkini.

Selamat ber blog dan ber micro blog!

Update: Untuk masukkan twitter update ke dalam blog, anda boleh gunakan code yang disediakan dalam http://twitter.com/widgets. Dapatkan code dan paste ke sidebar (lebih mudah gunakan text widget dalam wordpress).

p/s: Apa kata share kan twitter anda dalam ruangan comment?

5 sebab anda perlu guna Google Analytics

analytics

Sekarang saya sibuk menambah Google Analytics kepada semua website yang saya ada. Dari yang paling banyak trafik kepada yang paling kurang trafik. Pada mulanya saya tak mahu menukarnya memandangkan statistik dalam awstat/cpanel sudah memadai.

Bila baru-baru ini saya tinjau kembali ke Google Analytics, beberapa feature menarik saya temui menyebabkan saya rasa perlu menambahnya ke dalam semua website popular yang saya ada.

Antara sebabnya ialah

1. Semua statistik - satu tempat

Anda tak perlu log masuk ke cpanel yang berlainan untuk melihat statistik laman web yang berlainan.

2. Paparan dalam bentuk “line graph” dan “pie chart” yang lebih membawa erti

3. Analisis yang lebih mendalam untuk anda perbaiki kelemahan yang ada dengan mengkaji ‘trend’ dan ‘behavior’ pelawat anda.

- di Malaysia, orang dari bandar/negeri mana paling banyak ke laman web anda?
- ramai guna IE ke Firefox? (penting untuk script/browser compatible)
- berapa ramai yang menggunakan resolution screen kurang dari 102x x 768 (penting untuk design)
- berapa orang yang masuk dan terus keluar tanpa sempat melawat-lawat page lain dalam laman web anda (bounce rate)
- berapa purata page yang dilawati oleh seorang pelawat?
- banyak lagi..

4. Anda boleh mengukur kejayaan anda secara automatik dengan adanya fungsi “goals”

- berapa ramai pelawat yang download ebook percuma anda?
- berapa ramai yang telah membuat bayaran?
- berapa ramai yang telah …. (anda tentukan) ?

5. Kebolehan integrate dengan adwords/adsense dan benchmark dengan site dalam industri yang sama.

Ni saya belum cuba lagi tetapi nampak macam menarik. So anda pun saya cadangkan untuk mula menggunakan Google Analytics dan lihat setakat mana ia mampu mengembangkan potensi laman web anda. Selamat mencuba..

Mobile streamyx combo

mobile streamyx comboDah beberapa kali juga saya ditanya oleh kawan-kawan dan saudara-mara tentang pakej mobile streamyx combo ni. Dengan hanya tambah RM10 berbanding streamyx combo sebelum ini, anda boleh “go mobile”

Ramai yang beranggapan mobile streamyx combo ni adalah macam maxis atau celcom wireless broadband. Mana-mana pergi boleh online. Yang sedihnya ada juga ejen streamyx yang cerita macam tu.

Jadi sayalah pula kena jadi tukang betulkan balik cerita (kalau tak betul jugak tak tau lah) apa yang dimaksudkan ‘mobile’ tu ialah..

Continue reading ‘Mobile streamyx combo’

Satu website besar atau banyak website kecil?

Website yang boleh buat duit di internet dikenali sebagai VRE (virtual real estate). Ada nilai website yang meningkat dengan ketara dan ada pula yang meningkat dengan perlahan.

Cara untuk mengukur peningkatan nilai website pula boleh dibuat dengan melihat pada

1. Jumlah pelawat yang berkunjung

2. Duit yang boleh dihasilkan

Adakah dengan membuat website ‘kecil’ yang banyak akan menghasilkan pendapatan yang tinggi? Atau dengan mempunyai satu website yang ‘besar’ dengan beribu mukasurat (pages) lebih baik? Continue reading ‘Satu website besar atau banyak website kecil?’

Twitter tu apa? Best sangat ke?

Fuh dah lebih sebulan blog ni di anak tirikan. Sebenarnya saya sibuk revamp satu lagi website saya yang lain. Tukar script dari ASP ke PHP, tukar server, tukar design. Ingin bermula dengan segala-galanya baru dan insyaAllah dengan keuntungan pada tahap yang berbeza..

Ok berbalik kepada tajuk. Mungkin anda pernah dengar twitter. Apa itu twitter dan apa yang best sangat dengan twitter ni? Adakah dia ada kena mengena talian darah dengan facebook? Haha.. soalan ni makin complicated pula. Continue reading ‘Twitter tu apa? Best sangat ke?’

Dah upgrade Wordpress 2.7?

Malam ni saja tengok-tengok cpanel hosting kot-kot ada upgrade untuk wordpress 2.7 dalam Fantastico. Sekali memang ada betul.

Sebelum ni adalah tengok sikit preview tentang wordpress 2.7 ni tapi tak ada sangat features yang betul-betul ada ‘wow’ factor.

Antara kelainan yang ketara

  1. Navigation bar sebelah kiri ala-ala maybank2u lama dulu. Boleh expand and collapse
  2. Kebanyakan box untuk functions (di dashboard dan posting page) boleh drag and drop. So boleh letakkan box penting dekat atas
  3. Beberapa plug-in dah diserap sebagai fungsi asas contohnya seperti sticky post
  4. Banyak editing function dah gunakan AJAX. Tak perlu nak refresh page. Terus boleh buat editing atas page yang sama.

Mungkin belum habis explore lagi. Features lain yang ada adalah seperti berikut.

Add media without creating post
Bulk editing of posts
Upgrades and installs over secure FTP
HTTPOnly Cookies
Plugin browser/installer
Comment reply from admin
Drag and drop on dashboard and post screen
Sticky posts
Navigation expand/collapse in two directions
Inline PHPdoc documentation
Quick Edit inline editing
New design/layout
Shortcuts menu
XMLRPC Comments API
Comment threading and paging
Revised Dashboard
API additions
QuickPress
Automatic upgrade
Screen Options to hide/show modules/columns on screens

Jadi, kepada yang dah update, apa feature baru yang anda paling suka?

E-book SEO dari Google. Siapa nak beli?

Sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet mesti pernah dan akan mendengar tentang SEO dan SEM iaitu Searh Engine Optimization/Marketing.

Google ada mengeluarkan satu “e-book” tentang SEO. Teknik terbaik untuk memenuhi kehendak GoogleBot iaitu ‘robot’ yang akan melawat laman web kita dan membawa balik info tertentu. Adakah anda berminat untuk tahu apa yang terkandung dalam e-book tersebut? Continue reading ‘E-book SEO dari Google. Siapa nak beli?’